BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Sempurnakah Aku!!!!!


Halo. Hari ni saya ada stoli moli yang merobek hingga ke dasar hati dan sanubari saya yang berjiwa lembut ni. Hohohohohohohho. Kisahnya mengenai kita dan saya dan orang-orang yang rasa ada kena mengena dengan diri dia. Kisah yang diharapkan dapat membuka minda kita semua untuk berpandangan lebih jauh dan mendalam hingga ke akar umbi. SO, kalau korang nak layan article saya kali ni, teruskan la ya. =)


SITUASI PERTAMA

Hmmmmm. kenapalah banyak jerawat tumbuh ni. Ish, kalau jerawat sikit kan dan ramai awek/balaks melekat ni. Kenapala aku ja yang banyak jerawat, orang lain takdak la pulak macam ni. Kenapa la tuhan bagi semua ni kat aku ni. Haish, aku tak suka la macam ni. Aku tak boleh terima la kalau macamni.!!!!!!!!!

SITUASI KEDUA

Adohaihai, apasal la aku ni kurus/gemok sangat. Aku tengok diri sendiri pun tak selera. Kalau aku badan tough kan smart. Mesti ramai orang pandang aku kalau macam tu. Dah macam-macam aku buat tapi satu pun tak menjadi. Baik aku bedah ja badan aku ni. Kasi mengancam sikit orang pandang. Alah, setakat 5,6 ribu. Takde maalah la.

SITUASI KETIGA

Asal la aku ni tak berapa nak hensem/lawa. Haish, kalau aku hensem/lawa kan best. Kalau jalan-jalan kat shopping mall ka boleh kasi tinggi sikit hidung ni. Biar orang nampak yang aku ni hensem/lawa. Kalau aku ada duit ni, nak aja aku buat pembedahan biar muka jadi cam ronaldo ke, messi ka, rooney ka, rosham nor ka. Bagi orang nampak aku ni hot sikit. Baru la ramai awek/balaks melekat kat aku ni. Hmmm, kenapa la tuhan jadikan aku ni tak hensem!!!!!!!!

SITUASI KEEMPAT

Bodoh la kaki aku ni. Dah la ketot, pastu tak reti nak sepak bola pulak tu.Kalau kaki aku panjang sikit kan best, baru la nampak hot sikit. Baru boleh kasi kembang sikit hidung nh. Haish!!!!!!


THIS IS THE STORY

 

Mesti kan korang tertanya-tanya kan kenapa saya post macam tu. Pelik-pelik ja budak ni post. Hahahahahah. Sebenarnya saya ada sedikit imbasan untuk korang. Pernah tak kadang-kadang korang merungut pasal diri korang sendiri, tak cukup tu la, tak cukup ni la dan macam-macam lagi. Pada satu hari, saya jalan-jalan la di sebuah pasar raya ni. Dan pada ketika dan saat itu ada seorang cacat sedang melintas melaui di hadapan saya. Pada ketika itu saya mula berfikir yang apa lagi yang kurangnya pada diri saya ini sedangkan ada orang lain lagi yang masih tidak sempurna dan banyak lagi kekurangan. Kenapa kita hanya pandai merungut, tetapi sungguh susah untuk mengucapkan syukur kepada tuhan dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Sepasang kaki yang sempurna. Walaupun pendek ka, ketot ka tapi masih lagi boleh digunakan untuk bergerak kesana dan kemari. Wajah yang sempurna dengan mata, hidung mulut dan telinga. Walaupun ditumbuhi jerawat yang dianggap hodoh, tapi semuanya masih lengkap ada pada diri kita ini. Tetapi kita masih tidak bersyukur dengan nikmat tersebut.





"Kalau la aku ada sepasang kaki, aku akan mengucapkan syukur kepada tuhan keranan meguriakan nikmat tersebut kepada aku. Tetapi apakan daya telah dikurniakan tuhan sebegini, tapi aku masih bersyukur dengan apa yang telah deberikan tuhan kepada aku. Dan aku bersyukur aku masih hidup di dunia ini"


"Andai aku dikurniakan Tuhan dengan sebuah muka yang sempurna, tidak kira samaada cantik ataupun tidak, aku akan mengucapkan syukur kepadaNya kerana sudi memberikan aku nikmat tersebut. Tetapi aku dikurniakan sebigini rupa, namun aku tidak terkilan kerana Tuhan masih mengurniakan nyawa kepada aku untuk terus hidup di muka bumi ini"



"Jikalah aku dikurniakan tuhan sebuah tubuh yang sempurna, aku akan mengalirkan air mata kesyukuran kerana dengan tubuh itu aku dapat bergerak kemana-mana dengan mudah dan aku tidak perlu lagi menyusahkan orang lain. Namun aku tetap bersyukur aku dijadikan sebegini kerana aku masih ada nikmat nyawa. Dan aku masih berada di bumi Tuhan yang Maha Besar ini."



Jadi marila kita fikir sebentar, masih tidak sempurnakah kita ini. Kita masih mempunyai masa untuk update blog, masih ada masa untuk berlari, masih ada masa untuk senyum, masih ada masa untuk melakukan aktiviti nyang kita suka, masih ada masa untuk bersiar-siar di taman, masih ada masa untuk makan dengan kenyang, masih ada masa untuk segala-galanya yang kita suka. Jadi, perlukah kita merungut dengan apa ynag dikurniakan Tuhan kepada kita ini. Tak tau la kenapa hari ni jiwang sangat. Terlebih minum kopi kot. Hohohohohohohohoho. Sekian terima kasih...





AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

0 comments:

Post a Comment