BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

bila sudah dekat peperiksaan!!!!!!


hai dan selamat malam untuk waktu sekarang ini. Sebelum saya nak tido nih terasa pulak la nak mengupdate blog yang tak berapa nak best nh. Korang dulu mesti pernah jadi students jugak kan. Mesti bila di saat-saat akhir nak dekat dengan peperiksaan akhir, macam-macam kerenah yang boleh kita tengok kan. Di sini aku nak story sikit pasal kerenah-kerenah saya dan member-member saya bila dh nak dekat periksa ni. Jadi kalau korang terasa nak layan article kali ini silalah ya. =)




Bila dah nak final exam nih, faham-faham la kan. Bagi orang yang suka study last minute cam saya ni, macam tu la keadaan meja. Takde la semak sangat, setakat nak sorokkan tikus ke, bole lah lagi.


Waktu tu jugak la baru teringat nak tampal gambar keluarga. Kononnya untuk membangkitkan semangat waktu nak belaja. Padahal kelaut jugak semua. Study 30 minit rehatnye dekat 2 jam. Hohohohohhohoo. Tapi bagus juga kalau kita tampal gambar keluarga, sekurang-kurangnya teringat la kat mak dengan ayah yang penat berkerja. Mak abah, adik sayang mak dengan abah banyak-banyak. =)


Ini satu lagi perangai yang saya dapat perhatikan (termasuk dengan diri sendiri) bila nak dekat peperiksaan akhir ni. Barulah nak bace yasin la, Al-Quran la macam-macam la lagi. Bagus memang bagus, sekurang-kurangnya dapat jugalah menenangkan hati kita yang tengah kusut ni. Tapi satu je la kan, bila tengah kusut la, sakit la susah la, baru la nak ingat Tuhan lebih (termasuk dengan diri saya sendiri).


Ini khas untuk sesiapa yang suka memekak sewaktu orang tengah study. Hhohohohoho. Ini lebih kurang macam penghibur hati la untuk sekejap saja. Tengah pening-pening lalat study, petik la dua tiga lagu. Kadang-kadang lagu ni menjadi tempat untuk seseorang meluahkan perasaanya. Kalau saya la, saya akan main guitar dan mendendangkan lagu kena dengan situasi saya ketika itu. =)


Ni ha satu lagi, tidor dengan buku, makan dengan buku, mandi dengan buku, semua dengan buku. Tapi yang penting, tu dia, henset mesti kat tepi la bagi sesiapa yang ada awek or balak. Mana la nak tau kalau balak or awek mesej ke nak bagi kata-kata perangsang untuk study. Selalunya, semuanya ke laut juga. Hohohohohohoho. Kalau saya, saya tepon mak ngan abah. Hahahahahhahaah.


Makanan pun sewaktu periksa ni dan bertukar. Makan kalau boleh nak benda yang boleh senang ingat la contohnya macam kismis. Hahahahahha. Lima nam botol telan. Tapi kalau tak peiksa lagi, ambik kau, pagi KFC, tengah hari MacD, malam Pizza. Huihhhhhh. Beli nak periksa baru la nak makan makanan yang berkhasiat dan mencergaskan minda nih. =)


Dan yang terakhir sekali, amalan pun akan diperbanyakkan. Solat sunat itu la ini la. Kalau la amalan ini dapat saya amalkan dari awal sem sampai akhir sem. Hmmmmmm. Kadang-kadang tu ada yang bangun tengah malam, solat tahjud, berzikir la macam-macam lagi la. =)

Tapi, apa yang penting diharapkan kita dapat memperbanyakkan amaln kita (saya) yang masih tak seberapa banyak lagi ni. Kepada geng-geng saya, semoga berjaya di final exam ni.=)
sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

0 comments:

Post a Comment