BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Manusia Bertanduk

Cerita ni dah lama sebenarnya, tapi saja ja aku nak post balik agar boleh menjadi tatapan atau sebagai motivasi kepada kita sebagai manusia yang menumpang di muka bumi Allah ini. Selalu kita tengok benda yang ada tanduk ni selalunya binatang kan macam kambing, lembu, semut ataupun anai-anai. Tapi jangan terkejut sebab ada juga beberapa insan yang terpilih yang memiliki daging yang berlebihan yang menyerupai tanduk. Tapi yang paling penting adalah tanduk tu tak sedikitpun melemahkan semangat mereka untuk meneruskan hidup seperti insan biasa. Jadi teruskanlah kehidupan kita walaupun besar dugaan yang kita hadapi.
 


Tanduk wanita berusia 101 tahun dari Kampung Linlou, Wilayah Henan itu, Zhang Ruifang, bermula sebagai benjolan kecil di dahinya dua tahun lalu. Tanduk itu sudah tumbuh sehingga enam sentimeter panjang."Tanduk ini bermula daripada sebuah bentuk yang tebal, kulit kasar di tepi kiri dahinya. Kami tidak perasan mengenainya pada awalnya, tapi kemudian ia terus tumbuh.

Pada tahun 2003, seorang wanita dari Zhanjiang, selatan China, didapati tumbuh tanduk sepanjang 12 sentimeter (sm) di dahinya. Para doktor bingung dengan keadaannya itu dan sekadar mengandaikan Xiou Ling menghidap masalah ketidakseimbangan hormon. Sesetengah pakar berpendapat pencemaran radiasi turut menyebabkan manusia ditumbuhi benjolan seperti tanduk.



Seorang lagi rakyat China, Huang Yuanfan, tumbuh tanduk kecil berukuran 7 sentimeter di belakang kepalanya. Tanduk tersebut tumbuh dua tahun lepas dan ia semakin membesar.


Mamat ni pulak dia pi implan benda kat kepala dia agar kepala dia mempunyai tanduk. Tu aku tak pasti apa punca, sebab dan munasabab dia. Biarlah dia dengan hidup dia.


Pada tahun 2006, seorang lelaki 88 tahun dari Zheng Zhou, Cina telah ditumbuhi dengan tanduk ketika dia cuba membuang benjolan kecil kat atas kepala dia tu.



Thalib telah ditumbuhi tanduk di kepalanya ketika memperoleh sebuah mimpi yang buruk. Tetapi beliau tidak mengetahui apa puncanya, tapi dia percaya tanduk itu adalah anugerah daripada Allah SWT.t
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Stesen Bus Pelik

Dunia sekarang ni memang pelik-pelik. Benda yang simple-simple pun diorang boleh bagi jadi nampak gempak gila kot. Aku rasa diorang ni dah taktau nak curahkan idea kat mana kot. Sebab tu diorang boleh pergi ubah stesen bus jadi COOL gila kot. Ce korang tengok gambar-gambar kat bawah ni. COOL kan.









Kan-kan stailo kan. Kalau cam gini orang nak tunggu bus pun seronok kan. Takdak la boring sangat. Tapi kalau tempat lawa pun tak guna jugak kalau dah bus serupa macam biawak ja. Sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Muda Tapi Tua

Geng, aku ada terbaca kisah pasal budak ni. Kesian gak la kat dia, kecik-kecik lagi muka dah nampak tua. Tapi tu la orang kata kekuasaan Allah. Budak ni telah terkena sejenis penyakit yang nama apa tah, aku dah lupa la. Tapi penyakit ni akan membuatkan seseorang tu kelihat sangat tua jika nak dibandingkan dengan umurnya. Kalau dalam kes budak ni, umur dia baru ja 13 tahun pada waktu gambar tu ditangkap la. Korang tengok la gambar-gambar yang aku sediakan kat bawah ni.








Jadi kat dunia ni bukan semua orang bernasib baik. Tetapi apa yang perlu kita lakukan ialah bersyukur dengan nikmat kurniaannya. Sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Mencarut Memang Tak Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Kat sini aku nak kongsi sikit tentang sedikit fakta tentang mencarut. Kalau kat Malaysia ni, kalau ada orang tunjuk tangan F**K kat korang mesti korang marah kan. "Eh apahal mamat ni, tetiba nak MENCARUT kat aku plak". Tapi korang nak tau dak bukan setakat insyarat tangan yang macam ni saja yang melambangkan sesuatu yang tak elok. Tapi ada banyak lagi insyarat tangan yang akan mengundang marah kalau korang tunjukkan kepada orang-orang tertentu. Dan insyarat tangan ini dibezakan mengikut kelainan negara.

NI DIA INSYARAT TANGAN TERSEBUT


Jadi janganlah mencarut keranan ia bukan amalan yang mulia.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Perempuan Cantik Kena Pukul


Aku tak tau la nak jadi apa dengan zaman sekarang ni. Perempuan yang cantik ni kena pukul ngan balak dia. Aku tak pasti sebab dan munasabab dia. Nanti aku call balak perempuan tu nak tanya sebab apa dia berani pukul perempuan yang cantik tu. Apa punya jantan la. Kalau korang nak tau sendiri apa yang jadi korang layan la video yang aku post ni.





Kan..kan..kan..jahat kan balak dia. Kalau korang takpuas hati dengan balak dia tu..Korang komen kat blog aku ni..nanti aku p belasah sapa yang rakam video ni..Peaceeeeee
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

terbalikkan perkataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Selalu kalau korang dok update status mukabuku(facebook) dengan ayat yang biasa-biasa ja. Mesti la boring kan. Apa kata korang try website ni, dia akan menterbalikkan perkataan korang tu. Baru la tak boring update status kat mukabuku tu kan. Kasi orang pening sikit baca korang punya status tu.


Ni aku ada sediakan sedikit screen shot website tu...





ni screen shot mukabuku aku dengan ayat yang terbalik tu.

Jadi kalau korang rasa nak try, korang boleh la pergi kat website ni

http://www.fliptext.org/
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

meningkatkan game performance dalam windows vista

 Gila lama kot aku tak update blog aku ni, tapi aku tak la risau sangat sebab blog aku ni kannya banyak visitor sangat pun. Ok geng, kali ni aku nak post satu informasi khas kepada mamat-mamat yang suka main game kat luar sana yang masih menggunakan OS(operating system) windows vista. Aku akan memperkenalkan sedikit tricks yang akan meningkantkan game perfomance korang. Jadi korang boleh main game dengan senang hati tanpa perlu memaki-maki.



LANKAG-LANGKAH YANG KORANG PERLU BUAT

1- Upgrade Hardware

Termasuk dengan RAM, CPU dan graphic card. Pastikan korang ada dual core CPU, 2 GB RAM dan DirectX 10 memenuhi graphics card.

2- Disable System Restore

System Restore ni kita gunakan untuk backup OS kita kalau system OS kita tu crash. Tapi apa yang buruk nya pasal benda ni adalah dia akan melambatkan pergerakkan system OS kita. Untuk disable system restore korang klik kat Start -> Control Panel -> System and Maintenance -> System dan buangkan tick kat driver yang korang lindungi tu.

3- Turn Off Hibernation

Kalau korang tak guna Hibernation ni, lebih baik korang disable ja benda ni sebab dia guna banyak kot ruang dalam hard disk. Cara untuk disable dia ialah korang pergi "Run" dan type “powercfg – H off”.

4- Disable Sidebar


Lawa memang la lawa kalau guna benda ni. Tapi tak penting pun. Cara untuk disable dia ialah korang bukak Control Panel -> Windows Sidebar Properties. Uncheck “Start Sidebar When Windows Start”.


5-  Turn Off Vista Indexing Engine


Benda ni digunakan untuk search file dalam laptop korang dengan cepat. Tapi apa yang buruknya ialah waktu korang tengah main game, Vista Indexing Engine ni masih beroperasi di background. Jadi dia akan menggangu game performance korang. Jadi cara untuk turn off dia ialah pergi kat Control Panel -> Indexing Option. Klik Modify -> Show All Locations to remove any drives or folders that you don’t want to be indexed.



6- Change Start up Program


Ini adalah untuk mengelakkan program yang tak berguna di loading ketika proses boot up. Bukak Run Box dan taipkan “msconfig”. Pastu klik startup tab dan uncheck box software yang korang rasa tak penting ketika sytem start up.

7- Diasable Superfetch (kalau ada)

Benda menggunakan free memory untuk simpan data yang sering kita access. Tapi benda ni memang akan menggangu game performance korang. Untuk disable dia bukan Run dan type “services.msc”. Pilih “Stop/Disable SuperFetch”, dan reboot computer korang.

Kepada mamat-mamat game disana, harap tutorial aku ni membantu la sikit-sikit. Harap lepas ni takdak la lagi main game sambil memaki-maki amalan yang tak mulia tu. Sekian terima kasih
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS