BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Taman Sahara!!


Halo..kalai ni nak kongsi sikit satu story moli mengenai sebuah taman yang bakal dibangunkan oleh manusia di tempat yang cuacanya sangatlah ekstream bagi tumbuhan untuk hidup. Inilah yang dinamakan kebijaksanaan sesorang manusia. Jadi marilah kita bersama-sama bersyukur ke atas nikmat akal yang telah dikurniakan pleh Allah ini. Layannnnnnn......






Pada tahun 2008, sebuah proposal Sahara Forest Project, sebuah penyelesaian berterusan luar biasa bagi bekalan sumber yang akan mengubah padang gurun Sahara menjadi sumber makanan, air, dan tenaga. Norway dan Jordan baru-baru ini menandatangani perjanjian untuk pembangunan sistem perintis Sahara Forest Project di kawasan pantai di Jordan. Kumpulan ini juga akan melakukan sejumlah penelitian di Jordan, dengan sokongan kewangan dari kuasa Norway


Lokasi ujian yang dipilih adalah tanah seluas 200 ribu meter persegi di Aqaba, sebuah bandar pesisir di selatan Jordan, dekat dengan pantai Laut Merah. Perjanjian ini juga memerlukan tanah tambahan seluas 2 juta meter persegi untuk pengembangan berikutnya. Sahara Forest Project menggabungkan Concentrated Solar Power (CSP) dan rumah kaca air laut untuk menyediakan tenaga terbaharui dan penyelesaian agrikultural berterusan dalam jumlah yang besar, pada dasarnya mengubah salah satu persekitaran yang paling tidak pun menjadi oasis yang subur

Rumah kaca air laut menggunakan tenaga suria untuk menukar air laut menjadi air
segar yang kemudiannya digunakan untuk menyirami sayur-sayuran dan alga segar (untuk menyerap CO2). CSP menyediakan tenaga untuk menghidupkan seluruh operasi. CSP menggunakan ribuan cermin untuk mengarahkan cahaya matahari ke sebuah pemanas air, memanaskannya sehingga suhu 1000 Fahrenheit lebih. Pemanas ini menghasilkan wap, yang menggerakkan sebuah turbin untuk mencipta tenaga


Sahara Forest Project diciptakan oleh arkitek biomimikri Michael Pawlyn, desainer rumah kaca air laut Charlie Paton, dan jurutera struktur Bill Watts. Pada tahun 2009, trio ini bergabung dengan Bellona, r03;r03;sebuah NGO persekitaran antarabangsa yang berpusat di Norway, dan mempresentasikan proposal mereka di COP15 pada bulan Disember 2009. Pandangan positif membawa lebih banyak persembahan, termasuk satu persembahan di Oslo Jun tahun lalu, dihadiri oleh Yang Mulia Raja Abdullah II dari Jordan. Raja begitu teruja dengan projek ini sampai dia menjemput pasukan SFP ke Jordan pada bulan Oktober untuk membincangkan kajian kelayakan yang membuka pintu untuk kesepakatan ini

Pasukan SFP akan melakukan kajian mendalam tahun ini dan mengembangkan sebuah pusat demonstrasi pada tahun 2012. Pembangunan komersil mungkin akan bermula pada tahun 2015. Menurut pasukan ini, kemudahan-kemudahan seperti di Aqaba mempunyai potensi yang besar yang memanipulasikan persekitaran. Mereka boleh mengurangkan masalah kekurangan makanan dan air, menghasilkan biofuel tanpa bersaing dengan pengeluaran makanan, dan menyumbang usaha penghijauan di kawasan-kawasan padang gurun. Ditambah pengeluaran tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dan mengurangkan kepekatan CO2 di atmosfera.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Apa tu Cantik Haa????


Pagi tadi baru balik dari shoping. Biasalah kan sambil jalan-jalan tu mesti la mata ni liar melihat awek-awek yang CANTIK-CANTIK tu. Biasa la kan jiwa muda katakan. Tetapi, tiba-tiba dalam sanubari saya yang kecil ni timbul satu persoalan yang memeningkan kepala otak dan kepala lutut saya ni. Macam mana saya boleh mengatakan orang tu cantik? Dan bagi korang pulak, apa itu cantik sebenarnya. Disebabkan saya ni seorang lelaki yang tulen, jadi saya akan cuba merungkai mengenai isu-isu yang berkenaan cantiklah, kalau saya berbincang pasal hensem lain pulak jadinya nanti. So korang layan la, kalau ada pendapat, korang komen la sikit-sikit ya. =)

Sebelum saya nak menulis panjang lebar mengenai cantik ni, korang jawab dulu pertanyaan saya ini. Cuba korang bandingkan gambar yang terdapat dibawah ini. Yang mana lagi CANTIK bagi pandangan korang dan cuba korang fikirkan kenapa korang cakap yang dia tu CANTIK.





Saya amat pasti mesti korang akan mengatakan yang disebelah bawah itu lebih cantik dari yang disebelah atas itu kan. Persoalan yang ingin saya tanyakan sekarang ialah mengapa kita katakana wanita disebelah atas itu kuarang cantik dari yang disebelah atas? Adakah dia gelap dan agak berkedut-kedut wajahnya berbanding dengan yang disebelah bawah itu? Jadi, cuba korang fikirkan dulu ya.

Ok, sekarang mari kita perhatikan pula gambar yang dibawah ini pulak. Seperti yang di atas tadi, korang bandingkan lagi antara kedua-dua gambar tersebut. Yang manakah antara mereka lebih cantik. Adakah korang masih memilih orang yang sama ataupun korang telah orang lain? Tanyakan diri korang sendiri ya.






Jadi itulah persoalan yang ligat bermain di kepala saya ketika dan saat ini. Apa sebenarnya erti cantik bagi diri kita dan bagaimana kita nak mengatakan seseorang itu cantik? Kalau kita nak mengatakan orang yang sempurna itu cantik, ini bermakna semua manusia di atas muka bumi Allah ini cantik kerana apa yang diciptakan oleh Allah itu adalah sempurna. Jadi dari sudut lain pula, bagaimana kita nak menilaikan seseorang itu tidak cantik? Apakah ciri-ciri orang yang tidak cantik? Kalau kita mengatakan orang yang besar itu tidak cantik, ternyata kita salah sama sekali kerana ada ramai orang yang menganggap orang besar itu cantik. Jadi macam mana nak menilai paras kecantikkan seseorang???

 
  • ·         Adakah orang yang kulitnya gelap itu tidak cantik, sedangkan ramai orang masih menyukai orang yang berkulit gelap (saya juga ma)?
  • ·         Bagaimana kita boleh mengatakan orang yang gempal-gempal itu tidak cantik sedang kan ramai orang yang mengatakan orang gempal itu comel (saya setuju)?
  • ·         Bagaimana kita boleh menilai orang yang pendek itu kurang cantiknya sedangkan masih ramai orang yang menganggap orang pendek itu kiut (saya yang kata)?
  • ·         Sebab apa kita boleh mengatakan orang yang gigi agak rongak itu tidak cantik sedangkan masih ramai orang yang menyukai orang yang gigi agak rongat sebab suara mereka sedap?
  • ·         Mengapa kita menganggap orang yang hidungnyakembang itu tidak cantik sedangkan ia merupakan ciptaan Allah yang sempurna lagi cantik?
  • ·         Bagaimana kita boleh mengatakan seseorang itu tidak cantik sedangkan mereka memiliki kesempurnaan yang diciptakan oleh Allah?
  • ·         Bagaimana kita boleh mengukur taraf kecantikkan seseorang sedangkan tiada alat yang dicipta untuk mengukur paras kecantikkan seseorang manusia? 



Jadi apa yang ingin saya sampaikan sekarang ini ialah, semua manusia yang diciptakan oleh Allah ini cantik. Tetapi disebabkan kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah memiliki citarasa yang berbeza-beza, jadi kita memandang kecantikkan seseorang itu dari sudut yang sangat berbeza. Bagi saya pertandingan ratu cantik itu adalah suatu hiburan sahaja sebab macam mana mereka menilai paras kecantikkan ratu tersebut.

Jadi secara kesimpulannya semua manusia adalah cantik dari pandangan orang yang berbeza-beza. Dan janganlah sesekali kita mengatakan seseorang itu tidak cantik sedangkan mereka lebih sempurna daripada kita. Allah menciptakan seseorang manusia itu sama sahaja, tiada lebihnya seseorang itu dari orang lain. Tetapi apa yang membezakan kita adalah pandangan kita terhadap diri kita sendiri. Cara kita menilai kurniaan Allah ke atas diri kita.

CANTIK YANG KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT ADALAH BUDI PEKERTI YANG MULIA

Sekian terima kasih.






AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS