BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Student tapi Stupid [ SAMPAH]


Salam semua. OK kali ni saya nak meluahkan sedikit perasan geram saya kepada orang yang tak reti langsung untuk menjaga alam sekitar. Saya bukanlah dari pada mana-mana persatuan GREEN PEACE. Tapi saya adalah seorang insan yang sangat benci orang yang suka buang sampah sesuka hati kucing diaorang. Kalau korang rasa terpanggil nak baca article saya kali ni, korang layan la ye. =)

Memang kalau nak di bangkitkan mengenai isu pasal sampah ni, sampai bila-bila pun takkan habis. Rakyat malaysia ni (bukan semua ok =))susah untuk menghargai alam yang telah diciptakan oleh Tuhan. Mungkin kita akan menghargai alam kita yang indah ini apabila datangnya suatu bencana pada kita. Contohnya macam banjir kilat. Patutkah kita salahkan alam atau patutkah kita salahkan tuhan???? Sedangkan banjir yang terjadi adalah diakibatkan oleh longkang yang tersumbat dengan pampers la, plastik kropok la, tisu la dan maam-macam la lagi!!!!!!


Saya terpanggil untuk menulis pasal masalah ini bukannya apa. Saya tinggal di tingkat bawah di U saya. Jadi nak dijadikan cerita, ada la suatu hari tu pakcik cleaner marah saya dan roommate saya sebab kat sebelah bahagian tingkap bilik saya banyak gila sampah. Dah la kami tak pernah buang sampah dekat situ, pastu kena tanggung pulak kesalahan tu disebabkan orang lain yang tak bertanggungjawab. ISh2, patut ka kalau macam tu????

OK2, saya tak lah kisah sangat pasal kena marah tu kan. Tak kisah la apa-apa pun. Tapi bagi mereka yang buang sampah tu, takkan korang tak rasa kesian dekat akak-akak atau makcik-makcik atau pakcik-pakcik cleaner yang bertungkus lumus untuk menjaga kebersihan agar kita berada dalam keadaan selesa. Memang la tu tugas mereka, tapi kalau la kita ni ada perasaan tanggungjawab, kita takkan buat macam tu.
Ok, cuba kita bayangkan la kalau orang yang berpeluh-peluh dan bersusah untuk membersihkan sampah yang kita buat tu adalah ahli keluarga sendiri. Apa perasaan kita jika orang yang sedang membongkok untuk mengutip sampah itu adalah mak atau ayah kita sendiri. APA PERASAAN KITA?????


Oke, saya harap post saya kali ini bermakna la untuk korang. Di sini saya ada sediakan sebuah video yang dihasilkan oleh MATLUTFI. Memang cool la video dia. Sangat best dan menarik dan ada mesej yang tersembunyi. =)

Sekian Terima Kasih....






AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Software Semuanya Hanya Dalam Satu!!!!!


Hai, korang semua. Harap korang sihat disamping keluarga yang dicintai la ya. Kali ni saya nak kongsi satu benda yang semuanya ada di dalamnya. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang teruskan la ya. =)


Antara software yang ada di dalamnya!!




Smart collection of the most important programs: Antivirus, Internet Tools, Multimedia, Graphics and Utilities. It’s containing full and latest releases (Update April 2011) also includes necessary cracks. This CD have beautiful design and nice appearance ..

Antivirus
AVG 2011
Avira Antivirus 2011
HiJackThis
RootkitRevealer
USB Antivirus
Zemana AntiLogger
Kaspersky Removal Tool

Internet
Yahoo 11
Skype Full
IDM 6.2
Firefox 4.02
Google Chrome 11
IE8 XP
ICQ 7
MSG Plus 501
Utorrent
FreeVids Downloader
Facebook Plug-In

Multimedia
Winamp 6.5 Full
Klite 7.10 Full
Gom Player
RealAlternative 202
RealPlayer 14
FairStars Converter
Ultra Video Converter 5.1
KM Player 2

Graphics
Picasa 3.8
Easy Gif Animator
Foxit Reader
Crystal Button
Stamp Maker
Logo Remover
Pic Resizer
Pic To Icon
Paint.Net 357

Utilities
Tera Copy 2.12
Unlocker 10.9
Ccleaner 2.0
Flash Player 10
Shockwave Slim
TuneUp Utilities 2011
Winrar4 + Themes
Auto Shutdown
DirectX 10

Ok itulah antara software yang terdapat dalam file ini. Best kan. Kalau korang korang rasa nak download silalah ya.

LINK DOWNLOAD

PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7

Sekian Terima Kasih

CREDIT TO: SYAM
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

FileTram - Mudahnya!!!!!!!


Kali ini saya nak kongsikan satu website pencarian khas kepada kaki-kaki download di luar sana. Dengan menggunakan website ini korang boleh search file dengan mudah dan sangat cepat. Tak kisah la file jenis apa, yang penting mediafire pun boleh. Ok kalau korang nak tahu cara-caranya korang layan la entri saya kali ini ok. =)







CARA-CARANYA

1-First, korang boleh pergi ke website FILETRAM

2-Lepas tu korang search la apa-apa yang korang suka, movie ka, lagu ka, komik kaka. Tak kisahla apa-apa pun.

3-lepas tu korang kenal pasti file mana yang korang nak download tu dulu.

4-Dah pilih, korang hinglight link yang berwarna hijau tu, right klik dan copy.


5-Paste dekat web adress korang dan tekan enter. Siap!!!

6-Kalau dia minta password, senang aja. Korang copy SOURCE dan paste saja. Siap.


AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Aku Tak Mahu Ingat!!!!!!


Dalam dunia ini, mesti ada benda yang korang mahu buat dan benda yang taknak buat. Sebagai seorang manusia, saya juga ada suatu benda yang saya tak mahu buat. Benda yang saya tak mahu buat ialah mengingat hari dan tahun lahir mak dan abah saya. Kalau korang baca article saya kali ini, mesti korang akan fikir yang saya ni jahat ataupun tak kenang budi kan. Sebab kenapa saya tak mahu ingat hari,bulan dan tahun lahir mak dan abah saya adalah keranabanyak sebab. Jadi kalau korang nak tahu sebab apa saya tak mahu ingat tarikh lahir mak dan abah, korang layan la article saya kali ini ya. =(






Sebagai lumrah alam yang ditentukan oleh tuhan, semua benda hidup akan mengalami proses kematangan. Dan proses ini akan berterusaan sehingga seseorang itu akan tiada di dunia ini lagi. Dan salah satu sebab mengapa saya tidak mahu ingat hari lahir mak dan abah adalah kerana saya tidak mahu ada perasaan yang kini mereka telah dimamah usia. Ya, memang semua ini telah ditentukan. Tapi hanya dengan cara ini saja yang dapat membuatkan hati saya mengatakan yang mak ngan abah masih muda. Mata saya tidak dapat membohong apa yang saya pandang, tetapi saya masih dapat menipu hati ini dan mengatakan mak dan abah masih muda dan masih gagah. Sebab kenapa saya perlu menipu hati saya adalah kerana saya sangat sayang mak dan abah sangat-sangat. =(


Saya tak nak ingat hari lahir mak ngan abah sebab saya nak mak masak untuk saya sapai bila-bila. Saya nak abah ajar saya pasal Islam sampai bila-bila. Saya nak semua itu sampai bila-bila. Saya pun malas nak ingat hari lahir sendiri sebab yang nak semuanya seperti biasa. Kalau ditakdirkan wujudnya dunia Peter Pan, saya akan bawak mak,abah,tih dan abang ke sana. Tak kira berapa jauh dunia itu saya akan tetap berusaha untuk membawa mereka kesana kerana saya sangat sayang mereka. Sayang sangat-sangat.

Pernah ada satu ketika tu, saya sedang baring atas peha mak. Mak cakap kat saya,"cik nanti bila dah besaq, dah kawin jangan lupa mak ngan abah tau". Disebabkan hannya perkataan tersebut sahaja, saya tidak akan..hmmmmmmmmmmm. Takpela..hohohohoohoh. Dan sebab ini juga saya tidak mahu ingat hari lahir mak nagn abah sebab saya harapkan perkara ini tidak akan berlaku. =)


Itu la saja yang dapat saya luahkan ketika ini. Tetapi kadang-kadang saya terpikir, ini adalah coretan seorang budak yang bernama naim yang berumur 21 tahun. Apa yang akan terjadi bila naim sudah berumur 26, 27 dan selanjutnya??. Tetapi saya harap apa yang saya cuba saya sampaikan ini, dapat korang terima. Maap sangat sangat sebab terlebih emosi pulak kali ni. =)

sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Lajukan Broadband Yang Dah Habis Limits!!!!


Halo korang semua, harap korang sihat la ya disamping keluarga yang tercinta dan yang disayangi. Kali ni saya ada satu tutorial yang berguna kepada pengguna broadband maxis, celcom atau sebagainya. Kalau broadbang korang dah habis limit mesti lambat gila kan, dah semacam siput sedut dah. Tapi jangan risau, saya ada jumpa satu teknik yang agak berkesan untuk masalah ini. Kalau korang rasa terpanggil nak baca article saya kali ini, korang layan aja la ye. =)


1- Korang buat connection guna broadbang korang macam biasa.
2-lepas tu korang pergi ke website ini untuk mendapatkan IP adress korang KLIK SINI
3-lepas tu korang paste kod ni dekat notepad korang c:\windows\system32\ping IP ANDA -t
4-Lepas tu korang masukkan IP adress yang korang dapat tadi di tempat yang di sediakan.
5-Lepas tu korang save notepad tadi di DESKTOP SAHAJA.
6-Save As ping.bat
7-Lepas tu korang tekan dekat file yang dah save di desktop tadi dan biarkan ia berjalan. Jangan tutup tau.
8-Selesai dan layan la kelajuan broadband korang macam biasa.

sekian terima kasih.







CREDIT TO: azizulhasmi
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

bila sudah dekat peperiksaan!!!!!!


hai dan selamat malam untuk waktu sekarang ini. Sebelum saya nak tido nih terasa pulak la nak mengupdate blog yang tak berapa nak best nh. Korang dulu mesti pernah jadi students jugak kan. Mesti bila di saat-saat akhir nak dekat dengan peperiksaan akhir, macam-macam kerenah yang boleh kita tengok kan. Di sini aku nak story sikit pasal kerenah-kerenah saya dan member-member saya bila dh nak dekat periksa ni. Jadi kalau korang terasa nak layan article kali ini silalah ya. =)




Bila dah nak final exam nih, faham-faham la kan. Bagi orang yang suka study last minute cam saya ni, macam tu la keadaan meja. Takde la semak sangat, setakat nak sorokkan tikus ke, bole lah lagi.


Waktu tu jugak la baru teringat nak tampal gambar keluarga. Kononnya untuk membangkitkan semangat waktu nak belaja. Padahal kelaut jugak semua. Study 30 minit rehatnye dekat 2 jam. Hohohohohhohoo. Tapi bagus juga kalau kita tampal gambar keluarga, sekurang-kurangnya teringat la kat mak dengan ayah yang penat berkerja. Mak abah, adik sayang mak dengan abah banyak-banyak. =)


Ini satu lagi perangai yang saya dapat perhatikan (termasuk dengan diri sendiri) bila nak dekat peperiksaan akhir ni. Barulah nak bace yasin la, Al-Quran la macam-macam la lagi. Bagus memang bagus, sekurang-kurangnya dapat jugalah menenangkan hati kita yang tengah kusut ni. Tapi satu je la kan, bila tengah kusut la, sakit la susah la, baru la nak ingat Tuhan lebih (termasuk dengan diri saya sendiri).


Ini khas untuk sesiapa yang suka memekak sewaktu orang tengah study. Hhohohohoho. Ini lebih kurang macam penghibur hati la untuk sekejap saja. Tengah pening-pening lalat study, petik la dua tiga lagu. Kadang-kadang lagu ni menjadi tempat untuk seseorang meluahkan perasaanya. Kalau saya la, saya akan main guitar dan mendendangkan lagu kena dengan situasi saya ketika itu. =)


Ni ha satu lagi, tidor dengan buku, makan dengan buku, mandi dengan buku, semua dengan buku. Tapi yang penting, tu dia, henset mesti kat tepi la bagi sesiapa yang ada awek or balak. Mana la nak tau kalau balak or awek mesej ke nak bagi kata-kata perangsang untuk study. Selalunya, semuanya ke laut juga. Hohohohohohoho. Kalau saya, saya tepon mak ngan abah. Hahahahahhahaah.


Makanan pun sewaktu periksa ni dan bertukar. Makan kalau boleh nak benda yang boleh senang ingat la contohnya macam kismis. Hahahahahha. Lima nam botol telan. Tapi kalau tak peiksa lagi, ambik kau, pagi KFC, tengah hari MacD, malam Pizza. Huihhhhhh. Beli nak periksa baru la nak makan makanan yang berkhasiat dan mencergaskan minda nih. =)


Dan yang terakhir sekali, amalan pun akan diperbanyakkan. Solat sunat itu la ini la. Kalau la amalan ini dapat saya amalkan dari awal sem sampai akhir sem. Hmmmmmm. Kadang-kadang tu ada yang bangun tengah malam, solat tahjud, berzikir la macam-macam lagi la. =)

Tapi, apa yang penting diharapkan kita dapat memperbanyakkan amaln kita (saya) yang masih tak seberapa banyak lagi ni. Kepada geng-geng saya, semoga berjaya di final exam ni.=)
sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Sebuah Planet Yang Menyerupai Bumi Telah Dijumpai!!


Hohoh korang. Mesti korang rasa tak sabar kan nak baca berita yang mengejutkan kali ni. Kali ni kami dari akhbar Bohong Membohong telah menghantar pemberita kami yang mantap giler untuk melaporkan berita yang agak terkejutz ni. Hahahah. Ok2, kalau korang nak layan article saya kali ni, korang teruskan la ya. =)


BERITA TERKEJUTZ

SHAH ALAM- Dari pusat angkasa lepas Malaysia, wartawan kami telah melaporkan sebuah berita yang boleh menyebabkan orang lumpuh berjalan kembali. Berita ini akan membuatkan semua saintis di dunia berlumba-lumba untuk mengkaji penemuan terbesar dalam sejarah manusia, sebuah penemuan yang telah membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Ini adalah kerana rakyat Malaysia kita sendiri yang berjaya membuat penemuan yang paling besar dalam sejarah manusia ini.


Apa penemuan tersebut? Ya ia adalah sebuah planet yang sangat menyerupai bumi. Di planet tersebut yang diberi nama Planet Wilca mempunyai segala benda yang ada di bumi seperti pokok-pokok, air terjun, laut, hutan, burung-burung dan sebagainya. Tetapi yang menjadi tanda soalnya ialah, kenapa tiada kehidupan di atas planet tersebut. Kehidupan seperti manusia. Hasil daripada kajian saintis Malaysia tersebut iaitu Prof. Satun, beliau mendapati di ruangan angkasa planet tersebut juga mempunyai oksigen. Tetapi kata beliau, kandungan oksigen di atmosfera planet tersebut sangat tinggi dan boleh menyebabkan ia menjadi racun kepada manusia."Sebelum kami membuat keputusan untuk menghantar angkasawan kesana, kami perlu membuat kajian menyeluruh dahulu untuk memastikan kelengkapan yang ada pada kita lengkap. Setakat ini kita hanya mempunyai sebuah kuali dan sebatang senduk, masih banyak lagi peralatan yang kita perlukan", kata Prof Satun sambil menggurut perutnya kerana di terajang oleh wartawan kami.


Menurut Prof Satun, mereka memerlukan beberapa orang calon angkasawan yang mahir. Mereka tidak perlu mahir bersilat atau bertumbuk, tetapi mereka hanya perlu mahir tidur kerana perjalanan untuk sampai ke planet tersebut amatlah jauh. Jadi kepada kaki-kaki tidur di luar sana rebutlah peluang ini untuk bersiar-siar di angkasa lepas. Selain itu, Prof satun juga memberitahu pemberita kami yang beliau juga memerlukan angkasawan yang kuat merokok. Setelah di tanya mengapa begitu, ini jawapan beliau.

"Kami memerlukan angkasawan yang kuat merokok kerana mereka ini tidak mengetahui bahanya udara yang mempunyai racun. Sebagai contohnya, mereka tahu yang merokok ini dapat menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit yang merbahaya dan boleh membunuh,tetapi mereka tetap juga merokok walaupun sudah banyak kampen yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia. Kami memerlukan mereka kerana daripada mereka ini mati akibat merokok, lebih baik mereka ini mati kerana ingin menyumbang sesuatu yang amat besar dalam sejarah manusia"kata Prof Satun sambil menghembuskan asap rokoknya keudara. Siap buat bentuk love lagi.


Setelah sudah menemuramah Prof Satun, pemberita kami telah ditahan oleh polis kerana beliau telah memukul Prof Satun sehingga pengsan.Sebelum dibawa ke penjara, pemberita kami telah membakar laporan beliau mengenai Planet tersebut. Manakal Prof Satun pula telah menjadi gila kerana teruk dibelasah oleh pemberita kami. Akibat daripada peristiwa tersebut segala kajian megenai planet tersebut telah terhenti. Dan semua rahsia mengenai planet tersebut telah terkubur dan tua dimamah zaman. Akhirnya kehidupan manusia berjalan seperti biasa.

KEPADA PEROKOK-PEROKOK DI LUAR SANA, INGATLAH ORANG TERSAYANG. ANDA MAPU MENGUBAHNYA. CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA DAN TIDAK ADA KENA MENGENA SAMA ADA YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA.

sekian terima kasih.=)






AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

lajukan internet di firefox!!


Hai korang. Kali ni saya nak kongsi sikit satu lagi tutorial untuk korang yang berada di kawasan yang wifinye lembab macam sipu sedut. Saya tak pasti la benda ni betul-betul jadi ketak. Tapi saya dah try dah benda ni. Perubahan tu ada, speed internet bertambah la jugak. Tapi kalau korang nak try, korang teruskan lah baca article saya ni ya. =)


1. Buka Mozilla Firefox.

2. Pada ruangan Address, taipkan about:config


3. Kemudian Tekan “ENTER”
4. Pada ruangan Filter, taipkan “NET” dan cari “network.http.max-connections-per-server” dan klik 2 kali pada item tersebut.
5. Taipkan apa-apa nilai yang melebihi 8 ( contoh : 9999999)
6. Tekan “OK”
7. Kemudian cari “network.http.pipelining-max-request” dan klik 2 kali.
8. Masukkan apa-apa nilai yang melebihi 4 ( contoh : 9999999)
dan tekan “OK”
Sekarang anda dapat lihat, nilai untuk kedua-dua “Preference Name” tadi telah berubah.
Seterusnya, tutup Mozilla Firefox dan “Start” kembali Mozilla Firefox.

Ok korang, itu sahaja step dia. Mudah dan simple kan. Benda ini bagi laju sedikit sahaja ok. Jangan la korang berharap sanagat ya.=). Kalau korang ada sebarangpertanyaan, bolehla komen ya.
Sekian Terima kasih.





AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Bila Aku Bercakap Bohong [penjaga counter bank ]


Hohoho. Pergh, sejak dua tiga hari ni sangat sebuk. Macam-macam kerja ada. Ish3. Penat jugak la, tido pun dah tak berapa nak cukup. Tapi kita lupakan dulu pasal tu. Meh sini, saya ada story moli sikit pasal pekerja counter dekat bank. Paling ketara apabila jam dah menunjukkan hampir rehat untuk makan tengah hari. Oke, jadi kalau korang nak layan article saya kali ni, korang teruskan lah ye. =)))


Oh penjaga counter bank. Korang memang cantikkkkkk sangat. Sweattttttt sangat. Sebab tu bila ada orang bertanyakan sesuatu kat korang, korang senyum je. Memang sangat manis dan cantik. Korang berbudi bahasa bercakap dengan orang yang bertanya dekat korang tu. Korang tak pernah pun tunjuk rasa bosan terhadap orang tu. Hanya iringan senyemun sahaja di bibir korang yang manis tu. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.

Oh penjaga counter bank. Ada suatu hari tu saya ada nampak sorang pakcik tu terkial-kial nak mengisi borang untuk keluarkan duit dari bank. Lepas tu ada salah seorang daripada korang lalu di sebelah pakcik tu dan dia nampak pakcik tu menghadapi kesukaran untuk mengisi borang tersebut. Lalu dengan senyuman yang iklas dan manis tu, dia pun menolong pakcik tu untuk mengisi borang tersebut. Sambil-sambil mengisi borang untuk pakcik tu dia berbual-bual mesra dengan pakcik tu. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.

Oh penjaga counter bank. Ada satu ketika tu saya ada nampak seorang pakcik tu dah ambil no giliran untuk mengeluarkan duit. Disebabkan orang ramai waktu itu, pakcik tu pun tertidor. Letih agaknya, biasalah kalau dah kerja-kerja berat ni. Setibanya giliran pakcik tu, pakcik tu masih tak sedar. Tetapi salah seorang daripada korang pun memanggil pakcik tersebut dengan suara yang sangat manis dan lunak. Dia tidak langsung meniggikan suara untuk mengejut pakcik itu. Ini adalh kerana DARIPADA KECIK DIA DI DIDIK UNTUK MENGHORMATI ORANG TUA. Setelah pakcik itu sedar dia pun pergi ke counter untuk mengeluarkan duit sambil meminta maaf kerana dia tertidor tadi. Tapi penjaga counter tersebut dengan senyuman mengatakan yang dia tidak kesah dan PAKCIK TIDAK LANGSUNG MENYUSAHKAN DIA. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.


Oh penjaga counter bank. Kalau ada orang yang tersilap mengisi borang, korang akan menegur orang tersebut dengan baik tanpa melenting. Korang dengan iringan senyuman akan menunjukkan kepada orang yang tersilap tersebut cara untuk mengisi borang dengan betul. Korang juga turut menyatakan kekesalan korang kepada orang tersebut kerana borang tersebut sukar untuk difahami. Ini adalah kerana korang TAHU YANG BUKAN SEMUA ORANG YANG DATANG KE BANK UNTUK MENGELUARKAN ATAU MEMASUKKAN DUIT ADALAH BERPELAJARAN TINGGI. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.


Oh pekerja counter bank. Ini adalah terakhir daripada saya. Saya sangat suka cara korang bekerja. Korang selalu bukak counter lebih awal daripada jadual yang ditetapkan kerana korang ada nampak orang sedang mundar-mandir di hadapan pintu bank. Korang tahu yang orang tersebut sedang mengejar masa. Koranag memang sangat perihatin. Korang juga akan menutup counter lewat daripada masa yang ditetapkan kerana korang nampak masih ramai orang yang sedang gelisah menunggu giliran mereka yang masih jauh. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.

So, kepada penjaga-penjaga counter bank di luar sana. Korang memang SANGAT PERIHATIN. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.

SEKIAN TERIMA KASIH.




AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Student tapi Stupid [ RESUME]!!!!!


Hoi hoi. Hari ni saya nak kongsi satu letter yang saya baca sambil tergolek-golek gelak. Memang pecah perut la kalau baca surat ni. Surat ni memang betul diterima oleh syarikat penerbangan MAS dari seorang bijak dan pandai gile. Hahahahahah. Kalau korang nak tahu kandungan surat ni, koranglayan la post saya ni. =)


THIS IS REAL





Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)

!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika Saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Jadi apa pendapat korang pasal resume ni, rasa macam nak tiru je kan. Kalau hantar resume macam ni confirm-confirm dapat kerja punyalah. Kalau saya jadi syarikat penerbangan tu, memang saya cari budak ni lepas tu ikat kat taya kapal terbang. Takpun ikat kat sayap ja. Hahahahhaahhaah. Kalau kedai mamak pun 15 ratus kali pikir nak ambil budak ni kerja. Hohohooohoho. Oke itu saja kali ini. Sekian terima kasih.

credit to: aku-sempoi.com/2009/04/resume-terbaik-dalam-sejarah-mas.html


AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Student tapi Stupid [ PO***N]!!!!!


Hai. Kita ni diciptakan oleh Allah lengkap segala-galanya. Cukup dan rasanya tak perlu lagi di ubah kerana apa yang telah diberikan oleh nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tapi masih ada yang tak bersyukur. Ni saya tak tau la benda ni dah lama ka apa. Tapi bila saya tengok video ni, rasa sedih pun ada. Macam-macam perasaan bermain di hati dan sanubari ni. Ish3. Kalau korang nak tahu video apa ni, korang layan la. =)






ADAKAH INI BENAR ATAU TIDAK????




Jadi apa pendapat korang lepas tengok video. Hmmmmm. Saya malas nak tulis banyak-banyak ni. Nanti terkutuk lebih, berdosa pulak saya ni. Jadi korang fikir-fikirkanlah ya. Sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Gempar Hujan Emas Di Kangar!!!


      Hola. Hari yang sungguh seronok dimulakan dengan senyuman yang iklas. Hohohohohho. Itulah nasihat daripada saya hari ini. Oke berbalik kepada cerita utama hari ini. Berita yang sangat gempar ini telah dilaporkan oleh petugas kami. Berita ini sangatlah gempar dan masih baru lagi kejadian ini. Apakah petanda daripada kejadian ini? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang layanlah berita ini. =)


KANGAR-Satu kejadian yang sangat aneh dan pelik telah menimpa rakyat ni negeri Perlis. Satu kejadian yang tidak boleh diterima oleh akal dan fikiran kita sebagai manusia yang waras dan masih boleh mengira dengan betul.Kejadian sangatlah memberi impak yang sangat besar kepada Rakyat negeri tersebut. Sehingga semalam, kejadian aneh tersebut masih belum lagi dapat dirungkai oleh saintis-saintis yang terkenal. Mereka masih pening kepala memikirkan bagaimana kejadian ini boleh terjadi. Kejadian apakah itu? Ya ia adalah emas yang turun dari awan atau nama timangannya hujan emasssss!!!!!!!!!!!!


           Kami dari warta Bohong Membohong telah menghantar wartawan kami yang paling terulung untuk melaporkan kejadian tersebut. Dari dulu kita sering mendengar orang-orang lama mengatakan bahawa "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri". Tetapi kini, hujan emas tersebut telah betul-betul berlaku dan lebih mengejutkan ia berlaku di negara kita sendiri iaitu negara Malaysia.1 Malaysia,1 Malaysia, 1 Malaysia.

Pak Ali seorang tua tegar menceritakan detik-detik cemas yang dihadapi oleh beliau ketika kejadian itu berlaku.

           "Pada ketika itu pakcik sedang berjalan-jalan sambil menikmati coki-coki yang pakcik baru saja beli dari kedai Pak Usop. Tengah dok best dok melayan coki-coki tu habaq kat hang (bak kata loqhat Pak Ali) tiba-tiba pelapak , satu benda keras jatuh atas kepala pakcik. Pakcik dok ingatkan ada budak-budak mana dok kacau pakcik sebab pakcik selalu kena kacau dengan budak-budak nakal kampung ni. Depa selalu dok pau pakcik punya coki-coki (cerita pak Ali sambil mengalirkan air mata walaupun pemberita masih tidak mengetahui apa kena mengena coki-coki Pak Ali dengan berita ini). Sambung pak Ali, sedang saya dok mencari-cari menatang apa yang jatuh atas kepala pakcik tadi, tiba-tiba pakcik nampak benda berkilauan jatuh dari awan, seperti emas saja. Pada saat dan ketika itu, barulah pakcik tau. Benda yang jatuh atas kepala pakcik tadi merupakan ketulan emas. Pakcik dengas pantas terus pergi ke kedai Pak Ucop bersama-sama dengan ketulan emas tadi untuk membeli satu lori coki-coki. Kata pak ali sambil menangis kerana dilempang oleh pemberita kami."

Pak Munawir seorang pencabut biri-biri menceritakan detik cemas tersebut.


           

          "Saya ketika itu sedang bermain dengan biri-biri saya. Kami ni dah macam adik- beradik dah. Permainan yang paling beast yang saya main dengan biri-biri saya ialah main lakon-lakon jadi binatang. Tetapi yang peliknya setiap kali lawan dengan biri-biri saya tu, mesti saya yang sering menang. Jadi saya mula terfikir adakah saya atau biri-biri saya sebenarnya yang binatang. Hmmmmmmmm. Rungut Pak Munawir sambil menggaru-gari pusat beliau. Pemberita kami dengan sejujur-jujurnya dan sepandai-pandainya telah mengatakan kepada Pak Munawir. "Pak Munawir jangan pening-pening memikirkan benda yang mudah ini. Jawapannya ialah Pak Munawir dengan biri-biri Pak Munawir tu sama ja. Dua-dua binatang". Setelah selesai pemberita kami itu bercakap, tiba-tiba Pak Munawir dengan baik hatinya membelanja pemberita kami makan kasut adidas saiz lapan. Dengan selamba biri-birinya Pak munawir meninggalkan pemberita kami yang sedang terkebil-kebil dan mulut penuh dengan kasut Pak Munawir itu. 


           Akibat tidak berpuas hati dengan Pak Munawir, pemberita kami telah membawa konco-konconya iaitu ucop serta geng-gengnya untuk membakar rumah Pak Munawir. Mereka juga ingin menyembelih kambing biri-biri pak munawir itu sekali kerana beliau sering dilhat keluar berdating dengan makwe atau dalam bahasa lainya buah hati intang payung Ucop. Kata Ucop kepada Pak Munawir. "Awok dah lame memang tak puaih hati dengan kome, kambing kome tu, si Boy tu, dah meragut kesucian Makwe teman. Kalu dia ragut rumput takpe. Memang teman tak puaih hati betoi dengan kambing kome tu. Jadi kawan-kawan jom semua, kita bakor je, kita bakor je, kita bakor je rumah si Pak Munawir ni." Laungan Ucop itu telah disambut oleh geng-gengya. Setelah selesai mengerjakan Pak Munawir, semua orang telah bersurai dalam keadaan kekenyangan. Pemberita kami telah pulang ke ibu pejabat dengan mika selambe ayamnya dan tanpa rasa bersalah dia telah mempelawa kami untuk makan daging kambing bakar segar.

Akhirnya, berita mengenai Hujan Emas itu telah terkubur buat selama-lamnya. Sekian terima kasih. =)





AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Sempurnakah Aku!!!!!


Halo. Hari ni saya ada stoli moli yang merobek hingga ke dasar hati dan sanubari saya yang berjiwa lembut ni. Hohohohohohohho. Kisahnya mengenai kita dan saya dan orang-orang yang rasa ada kena mengena dengan diri dia. Kisah yang diharapkan dapat membuka minda kita semua untuk berpandangan lebih jauh dan mendalam hingga ke akar umbi. SO, kalau korang nak layan article saya kali ni, teruskan la ya. =)


SITUASI PERTAMA

Hmmmmm. kenapalah banyak jerawat tumbuh ni. Ish, kalau jerawat sikit kan dan ramai awek/balaks melekat ni. Kenapala aku ja yang banyak jerawat, orang lain takdak la pulak macam ni. Kenapa la tuhan bagi semua ni kat aku ni. Haish, aku tak suka la macam ni. Aku tak boleh terima la kalau macamni.!!!!!!!!!

SITUASI KEDUA

Adohaihai, apasal la aku ni kurus/gemok sangat. Aku tengok diri sendiri pun tak selera. Kalau aku badan tough kan smart. Mesti ramai orang pandang aku kalau macam tu. Dah macam-macam aku buat tapi satu pun tak menjadi. Baik aku bedah ja badan aku ni. Kasi mengancam sikit orang pandang. Alah, setakat 5,6 ribu. Takde maalah la.

SITUASI KETIGA

Asal la aku ni tak berapa nak hensem/lawa. Haish, kalau aku hensem/lawa kan best. Kalau jalan-jalan kat shopping mall ka boleh kasi tinggi sikit hidung ni. Biar orang nampak yang aku ni hensem/lawa. Kalau aku ada duit ni, nak aja aku buat pembedahan biar muka jadi cam ronaldo ke, messi ka, rooney ka, rosham nor ka. Bagi orang nampak aku ni hot sikit. Baru la ramai awek/balaks melekat kat aku ni. Hmmm, kenapa la tuhan jadikan aku ni tak hensem!!!!!!!!

SITUASI KEEMPAT

Bodoh la kaki aku ni. Dah la ketot, pastu tak reti nak sepak bola pulak tu.Kalau kaki aku panjang sikit kan best, baru la nampak hot sikit. Baru boleh kasi kembang sikit hidung nh. Haish!!!!!!


THIS IS THE STORY

 

Mesti kan korang tertanya-tanya kan kenapa saya post macam tu. Pelik-pelik ja budak ni post. Hahahahahah. Sebenarnya saya ada sedikit imbasan untuk korang. Pernah tak kadang-kadang korang merungut pasal diri korang sendiri, tak cukup tu la, tak cukup ni la dan macam-macam lagi. Pada satu hari, saya jalan-jalan la di sebuah pasar raya ni. Dan pada ketika dan saat itu ada seorang cacat sedang melintas melaui di hadapan saya. Pada ketika itu saya mula berfikir yang apa lagi yang kurangnya pada diri saya ini sedangkan ada orang lain lagi yang masih tidak sempurna dan banyak lagi kekurangan. Kenapa kita hanya pandai merungut, tetapi sungguh susah untuk mengucapkan syukur kepada tuhan dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita. Sepasang kaki yang sempurna. Walaupun pendek ka, ketot ka tapi masih lagi boleh digunakan untuk bergerak kesana dan kemari. Wajah yang sempurna dengan mata, hidung mulut dan telinga. Walaupun ditumbuhi jerawat yang dianggap hodoh, tapi semuanya masih lengkap ada pada diri kita ini. Tetapi kita masih tidak bersyukur dengan nikmat tersebut.





"Kalau la aku ada sepasang kaki, aku akan mengucapkan syukur kepada tuhan keranan meguriakan nikmat tersebut kepada aku. Tetapi apakan daya telah dikurniakan tuhan sebegini, tapi aku masih bersyukur dengan apa yang telah deberikan tuhan kepada aku. Dan aku bersyukur aku masih hidup di dunia ini"


"Andai aku dikurniakan Tuhan dengan sebuah muka yang sempurna, tidak kira samaada cantik ataupun tidak, aku akan mengucapkan syukur kepadaNya kerana sudi memberikan aku nikmat tersebut. Tetapi aku dikurniakan sebigini rupa, namun aku tidak terkilan kerana Tuhan masih mengurniakan nyawa kepada aku untuk terus hidup di muka bumi ini"



"Jikalah aku dikurniakan tuhan sebuah tubuh yang sempurna, aku akan mengalirkan air mata kesyukuran kerana dengan tubuh itu aku dapat bergerak kemana-mana dengan mudah dan aku tidak perlu lagi menyusahkan orang lain. Namun aku tetap bersyukur aku dijadikan sebegini kerana aku masih ada nikmat nyawa. Dan aku masih berada di bumi Tuhan yang Maha Besar ini."



Jadi marila kita fikir sebentar, masih tidak sempurnakah kita ini. Kita masih mempunyai masa untuk update blog, masih ada masa untuk berlari, masih ada masa untuk senyum, masih ada masa untuk melakukan aktiviti nyang kita suka, masih ada masa untuk bersiar-siar di taman, masih ada masa untuk makan dengan kenyang, masih ada masa untuk segala-galanya yang kita suka. Jadi, perlukah kita merungut dengan apa ynag dikurniakan Tuhan kepada kita ini. Tak tau la kenapa hari ni jiwang sangat. Terlebih minum kopi kot. Hohohohohohohohoho. Sekian terima kasih...





AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Bila Aku Bercakap Bohong Tentang [ pemimpin]!!!!


Hohohohohoho. Tenang sungguh petang ni. Angin pun sepoi-sepoi bahasa saja bertiup. Ini kalau tidur ni mau mimpi kawin ngan putri raja ni. Takpun kawin ngan Taylor Swift ke, memang syok la. Hahahahhaahhahaah. Hari ni saya ada benda nak stoli moli ngan korang. Jadi kalau kalau korang rasa nak layan saya punya nukilan ni, korang teruskan ja la. Ok cakap banyak pun buat letih ja, korang layan la article aku ni.


PEMIMPIN HARI INI

Oh pemimpin, korang sangat-sangatlah cekap menjalankan tugas. Semua masalah orang bawahan korang, korang ambil perhatian. Korang jaga pekerja bawahan korang dengan baik. Korang selalu memuji pekerja korang kalau pekerja korang melakukan tugas dengan baik. Tetapi untuk pekerja bawahan korang yang kurang menyerlah, korang beri nasihat dan didikan kepada mereka agar mereka terus maju. Tetapi hanya segelintir saja daripada korang yang membuat perkara seperti ini. Disebabkan segelintir daripada korang jugalah negarakita ni maju aman dan damai, tenteram di hati!!!!



Oh pemimpin, korang sangat jujur dalam melakukan tugas korang. Walaupun korang tersilap kira duit walaupun hanya terlebih 10 sen, korang tetap juga kembalikan wang tersebut kepada yang berhak. Apatah lagi nak ambil rasuah, memang korang tak berani ambik rasuah kerana korang tahu yang benda tu salah di sisi agama Islam yang mulia ini. Korang sangat tak suka kepada rasuah sebab tu banyak kempen mengenai rasuah ni korang selalu saja join. Tetapi hanya segelintir saja daripada korang yang membuat perkara seperti ini. Disebabkan segelintir daripada korang jugalah negara kita ni maju aman dan damai, tenteram di hati!!!! 




Oh pemimpin, korang tahu masalah orang ramai, jadi korang selalu turun padang untuk mencungkil masalah orang rami dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Mereka juga berasa sangat seronok kera korang SELALU turun padang untuk bersama mereka. Disebabkan itulah orang ramai sangat sayangkan korang ni. Tetapi hanya segelintir saja daripada korang yang membuat perkara seperti ini. Disebabkan segelintir daripada korang jugalah negara kita ni maju aman dan damai, tenteram di hati!!!!

Oh pemimpin, kalau korang nak melakukan amal jariah, korang memang tak suka untuk hebah-hebahkan amal yang korang lakukan tu. Kalau korang menderma, korang tak suka mnunjuk-nunjuk. Korang tak hebah pun kat media-media yang korang nak melakukan amal kebaikkan.Korang akan buat senyap-senyap saja. Tetapi hanya segelintir saja daripada korang yang membuat perkara seperti ini. Disebabkan segelintir daripada korang jugalah negara kita ni maju aman dan damai, tenteram di hati!!!!

This is the last. Oh pemimpin, saya selalu nampak korang minum kpi sambil bersembang-sembang dengan orang ramai di pondok-pondok, sebab dengan cara itulah korang boleh dekat dan mesra dengan orang ramai. Ni sebabnye korang mesra dengan orang ramai. Jadi orang sangat suka dengan korang. Korang juga tak kisah kalau tempat korang makan tu kotor sikit saja. Korang juga tak kisah kalau korang solat jemaah dengan orang ramai tetapi tempat korang sujud tu tidak dilapik dengan sejadah yang tebal. Korang tak kesah sebab korang tahu yang manusia ini diciptakan oleh Allah ini sama saja. Tetapi hanya segelintir saja daripada korang yang membuat perkara seperti ini. Disebabkan segelintir daripada korang jugalah negara kita ni maju aman dan damai, tenteram di hati!!!!

FIKIR-FIKIRKAN LAH





AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Advanced System Care Pro v3


Hola. Kita bertemu lagi di tempat yang sama tapi waktu yang berlainan. Apa? Korang ada masalah dengan komputer korang. Owh ya ka. Tapi tak apa. Di sini saya ingin memperkenalkan sebuah software yang dah lama tapi saya masih menggunakannya kerana berpuas hati dengan khidmat yang telah diberikan olehnya. Advanced System Care Pro v3 merupakan sebuah software yang mampu membantu menyelesaikan masalah anda. Cakap banyak pun tak guna jugak. Cuba lah try sendiri. =)


KELEBIHAN SOFTWARE INI

Extremely Easy to Use
Completes its work with just one click! Scans, repairs and secures your PC in one minute.

Next-generation Free Windows XP/Vista/7 Registry Cleaner and System Optimization
Safely cleans registry junks, compacts registry bloat and defragments the registry for blistering-fast performance.

Quick and Extensive System Clean-up
Boosts your system's performance with Advanced SystemCare Free, the powerful free XP registry cleaner by cleaning missing files, destroying unwanted files, deleting obsolete files, and removing junk files. Supports deep-cleansing of more than 50 types of junk files.

Speeds Up PC Performance and Internet Access
Tunes up Windows by releasing the built-in power of your system. Dramatically improves both system and Internet performance by up to 400%.


Enjoy That New PC Feeling Again
Whatever version of Windows you're running, enjoy that "good as new" speed usually only experienced on a brand new PC.

Powerful Hard Drive Defragmentation
Fast, powerfully and incredibly effective Disk Defrag function to defragment hard drives - up to 10 times faster than other defragmentation tools.

Defends PC Security with Extra Protection
Secure your PC – quickly and easily. Scans and removes spyware and adware using up-to-date definition files. Prevents spyware, hackers and hijackers from installing malicious items on your computer. Erases and updates your PC's activity history with this powerful free XP registry cleaner. Security and Privacy assured!

Fixes Multiple System Errors
More than a mere free XP registry cleaner – keeps your PC stably and running at peak efficiency.

Safe and Free
100% free with no spyware or adware! Advanced SystemCare Free is a safe and trusted PC protection and maintenance solution from a leading software vendor. 


VIDEO REVIEW MENGENAI SOFTWARE INI




DOWNLOAD HERE
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Baca Doa Tapi Tiru!!!!


Hai. Apa khabar, diharapkan korang sihat sajalah ya. Saya ni baru ja balik dari klinik. Tapi bukan saya la yang sakit, temankan kawan ja pegi klinik. Hohhoho. Oke, kali ni saya nak cerita sikitla pasal apa yang baru ja terjadi semalam. Ni kisah student kat u saya la ni. Jadi kalau korang nak tau cerita ni pasal apa korang layan la post saya ni ya. =)




ALKISAHNYA.....

 
Kisah dia macam ni, sebagai orang Islam ni kalau kita nak memulakan sesuatu perkerjaan tu haruslah dimulakan dengan doa kan, agar kita punya kerja tu berjalan dengan lancar dan tersusun. Apa fungsi doa eh? Bagi pendapat saya, doa ni sebagai medium untuk kita memohon sesuatu kepada Allah. Tak kisahlah nak minta apa-apa pun. Tapi kita mengharapkan agar doa kita dimakbulkan oleh Allah. Tapi doa itu haruslah disertakan dengan usaha kan.(dan macam ustaz pulak aku ni)

Macam ni la ceritanya, saya bukan nak menjatuhkan sesape atau nak memalukan sesape. Tapi cuma ingin berkongsi agar ia menjadi teladan la kepada saya dan korang.Ada la sorang akak ni duduk sebelah saya masa nak jawab periksa. Pergh cun tu, kalau buat jadi isteri ni memang sejuk la mata memandang orang kata. Balik kerja letih-letih pun rase seronok ja mata ni memandang. Hohohohhohoho. (carilah isteri yang beriman). Dalam beberapa minit lepas tu penjaga dewan tu pun bagitaula kami yang dah boleh mula menjawab kertas ujian tersebut. Saya ketika tu tak mula jawab lagi sebab tengah dok usha awek tadi, nampak la dia menadah tangan memohon doa kepada Allah. Ish3, dah la cantik beriman la pulak tu. Calon yang baik ni. Hohohohohoh.





Tapi, apa yang mengejutkan saya ialah belum pun sampai dua minit ujian tu bermula, awek sebelah saya yang disangkakan baik di awalnya akhirnya telah menjalankan aktiviti yang tidak bermoral, iaitu meniru. Hmmmmm. Cancel jadi bini macamni. Hohoho0hohohoh. Sungguh tangkas la pergerakkan dia meniru tu, siap bawak kertas nota lagi tu. Ish ish ish. Bukan dia sorang sahaja, dengan kawan-kawan sebelah dia pun dua kali lapas belas ja perangai. Jadi waktu tu lah saya mula terfikir, apa la guna dia baca doa sewaktu awal-awal peperiksaan tadi. Niat awal dah baik tapi dilaksanakan dengan aktiviti yang tidak elok iaitu meniru. Bukan apa, bagi saya meniru ni memang la takde perasaan langsung. Kalau dapat gempak result pun rase macam tak puas hati ja. Tapi itu la, lain-lain orang lain kerenah nye.




Jadi tu la stoli moli saya kali ini, jika ada pihak yang terasa harap maaf kerana cerita ini tiadak ada kena mengena dengan kawan-kawan saya mahupun saudara terdekat saya. Cerita ini hanyalah untuk iktibar kepada saya untuk terus maju dalam kehidupan. Sekian terima kasih,.



AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS