BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Firefox4+IDM=ERROR!!!!


Ush sudah lama rasanya saya dah tak update blog saya ni. Harap-harap blog ni masih lagi la dikunjungi oleh pembaca-pembaca yang ingin membaca article saya yang tak seberapa nak best ni. Ok la, kali ni saya nak berkongsi sedikit tutorial mengenai masalah IDM yang tak compitable dengan firefox 4. Layan la ye.=)

Firefox 4 telah menampilkan Sesutu yang bari dan lebih cantik dibandingkan dengan firefox yang sebelumnya. Jadi saya syorkan korang cubalah lah firefox terbaru ya. Bagi korang yang belum ada firefox 4 korang boleh download di sini
http://www.mozilla.com/en-US/firefox/fx/

Bagi firefox 4 ini terdapat sedikit masalah yang bakal dihadapi oleh kaki-kaki download di luar sana iaitu IDM tidak compitable dengan firefox 4 ini. Tapi jangan risau la ye sebab semua masalah pasti ada penyelesaiannya.

Cara untuk membuatkan IDM compitable dengan firefox 4 :

  • Pergi ke IDM support page menggunakan link di bawah
http://www.internetdownloadmanager.com/support/firefox_integration.html

  • Scroll page tersebut kebawah dan klik INSTALL

  • Akan terkeluar paparan dan klik allow

  • Seterusnya anda klik install

  • Last, korang restart korang punya firefox dan siap.


AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Kembar Kepala Dan Akal!!


Apa yang telah diciptakan oleh Allah di dunia ini ada sebabnya. Sedangkan babi yang haram di sentuh oleh umat Islam juga dicipta mempunyai sebabnya tersendiri. Inikan lagi jika dibandingkan dengan penciptaan manusia, iaitu hamba Allah yang lagi lemah tetapi lebih mulia jika dibandingkan dengan kehidupan lain ciptaan Allah. Seringkali kita membaca dan melihat kembar-kembar yang bercantum dibahagian-bahagian anggota badan tertentu. Perkara tersebut bagai sudah lali dari pandangan kita. TETAPI……..

Pernahkah kita melihat sepasang kembar yang bercantum bukan sahaja di kepala malahan akal mereka juga turut dikongsi. Mereka berkongsi akal yang telah dikurniakan Allah kepada mereka. Ini bukannya fantasi dari alam cartoon ataupun anime. Tetapi inilah kenyataan yang telah berlaku di VICTORIA. Jadi untuk catatan lanjut, korang bacalah petikan akhbar mungkin, yang telah saya sediakan dibawah.

VICTORIA - Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka.

Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.

Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex.




Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain.

Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi 'whoa' jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus.

Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika."


Jadi secara keseluruhannya,marilah kita basahkan lidah kita dengan ucapan zikir kepada sang pencipta iaitu Allah. TanpaNya tiadalah manusia yang akan kita panggil mereka mama, emak, umi, ayah, abah, papa dan sebagainya. Janganlah sesekali kita berasa bangga terhadap kecerdikan yang kita ada sedangkan ianya hanyalah dipinjam daripada Allah buat sementara waktu sahaja. Jadi gunalah segala kebolehan yang kita perolehi di jalan yang diberkatiNya. Sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS