BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Aku Tak Mahu Ingat!!!!!!


Dalam dunia ini, mesti ada benda yang korang mahu buat dan benda yang taknak buat. Sebagai seorang manusia, saya juga ada suatu benda yang saya tak mahu buat. Benda yang saya tak mahu buat ialah mengingat hari dan tahun lahir mak dan abah saya. Kalau korang baca article saya kali ini, mesti korang akan fikir yang saya ni jahat ataupun tak kenang budi kan. Sebab kenapa saya tak mahu ingat hari,bulan dan tahun lahir mak dan abah saya adalah keranabanyak sebab. Jadi kalau korang nak tahu sebab apa saya tak mahu ingat tarikh lahir mak dan abah, korang layan la article saya kali ini ya. =(






Sebagai lumrah alam yang ditentukan oleh tuhan, semua benda hidup akan mengalami proses kematangan. Dan proses ini akan berterusaan sehingga seseorang itu akan tiada di dunia ini lagi. Dan salah satu sebab mengapa saya tidak mahu ingat hari lahir mak dan abah adalah kerana saya tidak mahu ada perasaan yang kini mereka telah dimamah usia. Ya, memang semua ini telah ditentukan. Tapi hanya dengan cara ini saja yang dapat membuatkan hati saya mengatakan yang mak ngan abah masih muda. Mata saya tidak dapat membohong apa yang saya pandang, tetapi saya masih dapat menipu hati ini dan mengatakan mak dan abah masih muda dan masih gagah. Sebab kenapa saya perlu menipu hati saya adalah kerana saya sangat sayang mak dan abah sangat-sangat. =(


Saya tak nak ingat hari lahir mak ngan abah sebab saya nak mak masak untuk saya sapai bila-bila. Saya nak abah ajar saya pasal Islam sampai bila-bila. Saya nak semua itu sampai bila-bila. Saya pun malas nak ingat hari lahir sendiri sebab yang nak semuanya seperti biasa. Kalau ditakdirkan wujudnya dunia Peter Pan, saya akan bawak mak,abah,tih dan abang ke sana. Tak kira berapa jauh dunia itu saya akan tetap berusaha untuk membawa mereka kesana kerana saya sangat sayang mereka. Sayang sangat-sangat.

Pernah ada satu ketika tu, saya sedang baring atas peha mak. Mak cakap kat saya,"cik nanti bila dah besaq, dah kawin jangan lupa mak ngan abah tau". Disebabkan hannya perkataan tersebut sahaja, saya tidak akan..hmmmmmmmmmmm. Takpela..hohohohoohoh. Dan sebab ini juga saya tidak mahu ingat hari lahir mak nagn abah sebab saya harapkan perkara ini tidak akan berlaku. =)


Itu la saja yang dapat saya luahkan ketika ini. Tetapi kadang-kadang saya terpikir, ini adalah coretan seorang budak yang bernama naim yang berumur 21 tahun. Apa yang akan terjadi bila naim sudah berumur 26, 27 dan selanjutnya??. Tetapi saya harap apa yang saya cuba saya sampaikan ini, dapat korang terima. Maap sangat sangat sebab terlebih emosi pulak kali ni. =)

sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

0 comments:

Post a Comment