BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Bila Aku Bercakap Bohong [penjaga counter bank ]


Hohoho. Pergh, sejak dua tiga hari ni sangat sebuk. Macam-macam kerja ada. Ish3. Penat jugak la, tido pun dah tak berapa nak cukup. Tapi kita lupakan dulu pasal tu. Meh sini, saya ada story moli sikit pasal pekerja counter dekat bank. Paling ketara apabila jam dah menunjukkan hampir rehat untuk makan tengah hari. Oke, jadi kalau korang nak layan article saya kali ni, korang teruskan lah ye. =)))


Oh penjaga counter bank. Korang memang cantikkkkkk sangat. Sweattttttt sangat. Sebab tu bila ada orang bertanyakan sesuatu kat korang, korang senyum je. Memang sangat manis dan cantik. Korang berbudi bahasa bercakap dengan orang yang bertanya dekat korang tu. Korang tak pernah pun tunjuk rasa bosan terhadap orang tu. Hanya iringan senyemun sahaja di bibir korang yang manis tu. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.

Oh penjaga counter bank. Ada suatu hari tu saya ada nampak sorang pakcik tu terkial-kial nak mengisi borang untuk keluarkan duit dari bank. Lepas tu ada salah seorang daripada korang lalu di sebelah pakcik tu dan dia nampak pakcik tu menghadapi kesukaran untuk mengisi borang tersebut. Lalu dengan senyuman yang iklas dan manis tu, dia pun menolong pakcik tu untuk mengisi borang tersebut. Sambil-sambil mengisi borang untuk pakcik tu dia berbual-bual mesra dengan pakcik tu. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.

Oh penjaga counter bank. Ada satu ketika tu saya ada nampak seorang pakcik tu dah ambil no giliran untuk mengeluarkan duit. Disebabkan orang ramai waktu itu, pakcik tu pun tertidor. Letih agaknya, biasalah kalau dah kerja-kerja berat ni. Setibanya giliran pakcik tu, pakcik tu masih tak sedar. Tetapi salah seorang daripada korang pun memanggil pakcik tersebut dengan suara yang sangat manis dan lunak. Dia tidak langsung meniggikan suara untuk mengejut pakcik itu. Ini adalh kerana DARIPADA KECIK DIA DI DIDIK UNTUK MENGHORMATI ORANG TUA. Setelah pakcik itu sedar dia pun pergi ke counter untuk mengeluarkan duit sambil meminta maaf kerana dia tertidor tadi. Tapi penjaga counter tersebut dengan senyuman mengatakan yang dia tidak kesah dan PAKCIK TIDAK LANGSUNG MENYUSAHKAN DIA. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.


Oh penjaga counter bank. Kalau ada orang yang tersilap mengisi borang, korang akan menegur orang tersebut dengan baik tanpa melenting. Korang dengan iringan senyuman akan menunjukkan kepada orang yang tersilap tersebut cara untuk mengisi borang dengan betul. Korang juga turut menyatakan kekesalan korang kepada orang tersebut kerana borang tersebut sukar untuk difahami. Ini adalah kerana korang TAHU YANG BUKAN SEMUA ORANG YANG DATANG KE BANK UNTUK MENGELUARKAN ATAU MEMASUKKAN DUIT ADALAH BERPELAJARAN TINGGI. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.


Oh pekerja counter bank. Ini adalah terakhir daripada saya. Saya sangat suka cara korang bekerja. Korang selalu bukak counter lebih awal daripada jadual yang ditetapkan kerana korang ada nampak orang sedang mundar-mandir di hadapan pintu bank. Korang tahu yang orang tersebut sedang mengejar masa. Koranag memang sangat perihatin. Korang juga akan menutup counter lewat daripada masa yang ditetapkan kerana korang nampak masih ramai orang yang sedang gelisah menunggu giliran mereka yang masih jauh. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.

So, kepada penjaga-penjaga counter bank di luar sana. Korang memang SANGAT PERIHATIN. Tapi tu la, hanya segelintir saja daripada korang yang buat begitu. Kalau semua pekerja buat macam tu, mesti bertambah-tambah lah SERONOK kami untuk pergi ke bank. Kalau boleh tiap-tiap minit nak pergi jumpa orang macam korang.

SEKIAN TERIMA KASIH.




AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

0 comments:

Post a Comment