BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

3 langkah mudah untuk hack FB


Kali ni aku taknak cakap banyak. Korang baca sendiri tajuk tu korang dah tau dah apa perkara jahat yang cuba aku nak ajar kat korang kan. Tanpa perlu menggunakan apa-apa software. Sapa yang rasa-rasa bengang ngan member tu, korang hack ja FB member korang tu pastu post la benda pelik-pelik kat wall diorang. Layannnnn.

NAMPAKNYA KORANG MEMANG BETUL-BETUL BENGAN NGAN MEMBER KORANG NI. HAHAHAHAH..

FOLLOW LANGKAH NI.

1-Cari pisau kat dapur (pastikan yang tajam)
2-Cari member korang yang korang nak hack FB diorang dan letakkan pisau di leher diorang
3-Paksa diorang bagi account FB diorang
4-SIAP DAAA.....

Bukan setakat akaun FB ja korang boleh dapat, siap dengan akoun bank lagi mungkin korang boleh dapat tau.

Ok, geng sebenarnya nak gurau ja ngan korang. Aku tengah buntu nak tulis apa ni. Sebenarnya aku nak mintak pendapat korang ni. Aku nak sediakan tutorial untuk hack. Tapi aku rasa bersalah pulak kalau nanti orang salah guna tutorial aku ni. Rasa tak syok la kan. Tu yang aku nak minta pendapat korang nh. Harap korang bagi respon sikit ya.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

guna google untuk cari serial key


Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Lama la aku tak update blog aku ni sebab internet agak siput la perjalanan dia. Biasa la dok kampung kan. Tapi kali ni aku akan mengganas lagi sebab internet dah laju. Hahahah. Kali ni aku nak share cara yang mudah untuk mencari serial key bagi software-software korang yang trial tu. Korang layan la.

CARA-CARANYA......

1- Korang pergi kat website goole.

2- pastu kat kotak carian tu, korang tulis la nama software korang tu.

3- Kat belakang software yang korang tulis tu tambahkan kod ini 94FBR dan tekan enter

contohnya minilyric 94FBR


4- Pastu korang try la serial key yang bersesuaian.

5- Sekian.......







AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Buat Matrix Guna NotePad


Pakaikan dirimu dengan budi pekerti yang murni. Assalamualaikum geng dan salam sejahtera. Saja ja aku nak share sikit trick untuk seronok-seronok kalau korang tengah bosan main laptop tu. Aku akan tunjukkan cara untuk buat Matrix number menggunakan notepad korang. Layannn..

STEP-STEPNYA........

1-Open notepad korang



2-Copy pastekan kod kat bawah

@echo off
color 2
:start
echo %random%%random%%random%%random%%random%%random%
goto start


3-save sebagai matrix.bat


4-runkan program tersebut


5-lihat hasilnya.


Aku saja nak share benda ni, boring-boring tak tau nak buat apa. Layan. Sekian terima ksih.







AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Etika Mengelakkan Kemalangan (harus baca)


Beratkanlah mulutmu dengan senyuman. Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Pagi tadi aku bawak mak aku pegi klinik mata. Jadi dalam perjalanan ke klinik tu aku boleh nampak peranga orang kita memandu yang mungkin akan menyebabkan kemalangan. Jadi kat sini aku nak bagi sikit tips untuk mengelakkan kemalangan.

TIPS MENGGELAKKAN KEMALANGAN......


1- JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG
Maksudnya kat sini, kalau kita tengah memandu tu fokusla untuk memandu jangan mata fokus memandu, mulut fokus mengumapat orang. "ekelh kereta mamat ni buruk gila, enjin pun macam nak tercabut ja". Eh, lantak diorang la kereta nak tercabut enjin ka, nak terkeluar side mirror ka, apa ka janji kereta diorang selamat kat jalan raya sudah. Yangkita ni lebih baik fokus la memandu daripada dok sibuk mengumpat kereta ni la kereta tu sedangkan kereta sendiri pun dah macam senget dah.


2-JANGAN PERASAN DIRI TU HENSEM ATAU CANTIK..
Kalau dah dok tengah memandu tu, tak payah la dok mekap sana sini. Tengok cermin tu la sermin ni la. Diri kalau dah hensem atau lawa pasti akan macam tu jugak. Jadi biarlah cermin tu dijadikan untuk lihat kereta belakang daripada digunakan untuk picit jerawat tu. Kalau la dalam masa korang dok suluh muka kat cermin tu ada makcik tua melintas ka apa ka kan. Tak ka terniaya makcik tu.


3-HORMAT SIKIT KAT ORANG LAIN
Ini tidak, pantang kereta kat depan lambat sikit ja mula la nak bunyi hon treler korang tu. Cuba la bawak bersabar sikit, bukannya kelaut pun tempat korang nak tuju tu kan. Tak pasal-pasal orang dalam kereta yang korang hon tu doa yang bukan-bukan kat korang. Jadi rendahkan la diri sikit bila kat atas jalan raya tu.



4-JANGAN BAJET DIRITU SIBUK SANGAT TAU JANGAN BAJET DIRITU BANYAK PEMINAT
Kalau dah tengah memandu tu, memandu la saja kan, Jangan la dok bajet macam orag penting pulak. Mesej sana, mesej sini. Telepon sana telepon sini. Sedetik hilang fokus boleh jadi kecelakaan tu. Mana nak tau tengah kita dok mesej tu, kita terlanggar pakcik mana-mana ka kan. Kalau la pakcik tu yang dok sara keluarga dia, ada ka kita nak bertanggungjawab kat keluarga pakcik tu. Jadi pikir la kan.



5-BACA LA DOA DAN INGAT TUHAN
Ini la nadi kita untuk memandu secara berhemah kat jalan raya tu.

Bukan apa geng, tadi waktu aku nak balik ke rumah tu, aduhai, sorang-sorang bawak kereta cam pelesit. Tu yang aku terpikir tu, sebab benda ni la hari-hari dalam tv ada berita pasal kemalangan. Memang kecelakaan tu kita tak buleh nak elak, tapi kita ambiklah langkah berjaga-jaga dan hormat menghormati orang lain. Sekian terima kasih.






AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

shutdown laptop otomatik tanpa menggunakan software


Hak kita adalah milik kita, jangan biarkan orang lain mengambil hak yang kita milik. Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Hari ni aku nak kongsi trick yang agak simple ja nagn korang. Aku nak tunjukkan cara untuk shutdown korang punya laptop secara otomatik tanpa perlu menggunakan software. Mudah ringkas dan padat. Kalau korang nak tau camna, layan la post aku kali ni.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN......

1- korang right klik kat desktop korang, pastu pilih new dan short cut.


2- kat dalam box “type the location of the item tu, korang type shutdown.exe -s -f -t 3600


-arahan shutdown.exe adalah untuk mengarahkan laptop untuk menjalankan operasi shutdown
-arahan -s adalah untuk shutdownkan laptop
-arahan -f adalah untuk force shutdown (jika ada operasi yang sedang run waktu tu)
-arahan -t adalah untuk setkan masa. Korang kena ingat masa yang boleh dibaca oleh komputer korang adalah dalam bentuk saat saja. Jadi kalau korang nak sejam maksudnya korang setkan masa yang kat hujung tu 3600. (korang boleh ubah masa kat hujung tu ikut ukahati korang)

3-pastu korang boleh tukar nama shortcut tu dan tekan next.


4-pastu korang klik saja kat program yang terhasil tu dan nanti secara otomatiknya dalam masa sejam laptop korang akan shutdown secara sendirinya.


5- siap daa......

tutorial ni khas untuk budak-budak yang suka buat kerja malam, pastu barubuat dua tiga minit dah tidor. Kira trick ni sesuai untuk orang macam tu la. Kalau tak, membazir la elektrik yang mak bapak kita bayar t. ingat geng, jimat elektrik pun boleh selamatkan bumi kita kot. Jadi, sayangilah bumi anda dengan menggunakan trick ni. Sekian terima kasih.






AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

meringkaskan nota dengan cepat (khas untuk student)


Biarlah ibu bapamu mengalirkan air mata atas kejayaan kita, jangan biarkan mereka mengalirkan air mata atas kemusnahan hidup kita. Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Kali ni, post aku khas buat student-student yang malas (macam aku) nak membaca lecture note ataupun apa-apa nota-nota yang panjang berjela-jela tu. Aku sediakan cara untuk meringkaskan nota korang dalam masa tak sampai 2 minit pun. Senang ringkas dan mudah. Mari-mari kita gunakan kemudahan ni.


Tools ni adalah percuma yang disediakan oleh sekumpulan manusia yang perihatin terhadap masalah students yang malas nak membaca panjang-panjang. http://topicmarks.com/ memperkenalkan kemudahan untuk meringkaskan nota dengan mudah dan cepat.

PENGENALAN...

http://topicmarks.com/ telah dihasilkan menggunakan algorithm yang amat cantik sekali kerana ia dapat menganalisis nota kita dan meringkaskan nota kita kepada keyword-keyword yang penting. Nota yang korang upload nanti akan melaui algorith tersebut, dan algorith tersebut akan meringkaskan nota tu untuk korang. Jadi mesti korang teruja kan. Yang paling penting ia adalah percuma. Selamat la duit korang.

CARA PENGGUNAAN http://topicmarks.com/......

1-pergi ke http://topicmarks.com/ dan klik free get started


2- isi butiran yang terpapar


3- kemudian activekan accout korang menerusi email.


4- leaps tu dah boleh guna dah. Upload saja fail yang korang nak tu. Dia support format TXT, HTM, HTML, ODT, DOC, DOCX, dan PDF.


5- pastu korang pilh nak upload guna apa. Tapi selalunya pilh file la.


6- pilih file dan upload


7- tunggu sekejap pastu siap dah summary untuk topic korang tu.


8- korang juga boleh pilih related concept yang korang nak.


9- siap daaa...............

Harap benda ni membantu korang la. Jangan lupa kasi komen-komen sikit kat bawah ni. Kasi meriah sikit. Sekian terima kasih.

BANTULAH BLOG INI UNTUK TERUS HIDUP DENGAN SUPPORT KORANG





AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

computer mengucapkan SELAMAT DATANG ketika login


Kita dilahirkan seperti sehelai kain putih, jika cantik ia diwarnai maka cantiklah ia nanti. Dan jika comot kain itu, maka comotlah ia nanti. Asslamualaikum geng. Kali ni aku nak memperkenalkan trick yang simple ja. Waktu korang login windows mesti ada keluar bunyi kan. Mesti boring kan. Trick kali ni akan membuatkan laptop korang mengucapkan perkataan “Welcome to you PC, nama korang”. Kalau korang nak try, layan la postku ini.

LANGKAH-LANGKAHNYA.......


1- Bukak notepad korang dan copy pastekan kod dibawah dalam notepad korang. Yang diboldkan tu, tukar la ngan nama korang tau.

Dim speaks, speech
speaks="Welcome to your PC, Username"
Set speech=CreateObject("sapi.spvoice")
speech.Speak speaks



2- Korang save notepad tu dalam format welcome.vbs dan select all file macam gambar kat bawah ni.


3- Terhasillah satu fail macam gini


4-Lepas tu pergi kat disk c:


5- users


6- Korang punya nama, macam kat sini nama yang mak bapak aku bagi kat aku naim.


7- Patu cari appdata. Selalunya takda lagi sebab folder tu dihidekan. So korang kena pergi kat atas sebelah kiri dan klik kat file / folder option

8- Klik kat view dan check kat show hidden file,folders.......


9- pastu appdata tu akan muncul. Masuklah kat dalam folder tu


10- Lepas tu pergi kat Roaming\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs\Startup

11- Last skali copy dan pastekan welcome.vbs tadi dalam folder tu.


12- Siap daaaa....

Ok geng, itu saja trick tuk kali ni. Kalau korang nak dengar dia punya welcoming tu, korang kena restart la dulu laptop korang tu. Kalau korang ada masalah silalah bagitau aku tau. Kasi komeng-komeng sikit kat bawah ni. Barula meriah sikit kan. Ok sekian terima kasih.








AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

sorokkan file di sebalik gambar


Belajarlah menerima teguran daripada kanak-kanak kecil, kerana apa yang mereka perkatakan adalah jujur dari hati mereka. Salam geng, post haritu aku ada kongsikan cara untuk lock folder korang guna notepad kan. Kalai ni aku ada satu lagi cara untuk sorokkan korang punya file dengan begitu berkesan. Confirm orang tak perasan punya. Aku pun agak teruja dengan cara ni sebab stailo beb. Kalau korang nak tau cara untuk sorokkan file di sebalik gambar, korang layan la.

Untuk korang aku sediakan tutorial bergambar punya. Layannnnnn....

STEP-STEP YANG KORANG PERLU LAKUKAN.....

1- klik start / control panel / appearance and personalization / folder option

2- akan keluar satu tetingkap, pastu klik view dan unchekkan hide extension for known file types. Dan apply.


3- sediakan file yang ingin korang sorokkan berserta dengan satu file gambar. (tak kisah file apa-apa pun, tapi kat sini aku gunakan video). Sebagai contoh kat sini aku gunakan gambar(1.jpg) dan video (2.flv). Korang boleh guna format apa-apa saja yang korang suka.


4- right klik kat video tu dan add to “2.rar”


5- lepas tu terhasillah sebegini.


6- bukak notepad korang dan copy dan pastekan kod dibawah.


@echo off
    ren 2.rar 2.flv.rar
    copy /b 1.jpg+2.flv.rar hasil.jpg
    del 2.flv
    del 1.jpg
    del 2.flv.rar
    del hide.bat


Penting!! Samakan nama file video dan gambar korang kat dalam notepad tu.Yang colour biru yang aku boldkan tu ialah nama file video korang manakala yang colour merah tu adalah nama file gambar korang. Bagi hasil.jpg pulak, korang hanya perlu ubah format yang dibelakangnya sahaja. Contohnya kalau gambar korang tu adalah sembunyi.gif, maka ia akan menjadi hasil.gif.

7- lepas tu korang save kan notepad tadi kat tempat dimana file-file korang tadi berada. Save dalam format hide.bat dan all file types. Macam gambar di bawah ni.


8-pastu korang runkan program yang terhasil iaitu hide.bat.


9-semua file korang akan hilang kecuali satu gambar yang bertitle hasil.jpg (ikut format gambar korang la)


10- setelll daaa....

11- kalau korang nak bukak file rahsia korang tu korang cuma perlu right klik kat gambar tu dan open with winrar.

Kompem member korang takkan jumpa punyalah file tu. Kalau klik macam biasa kat gambar tu, akan keluar gambar macam biasa. Jadi selamatlah file korang. Sekian itu saja. Kalau korang tak faham korang boleh la tanya aku kat bawah ni, t kalau boleh aku tolong aku tolong la. Amaran, jangan sorokkan benda tak elok tau geng.

Bantulah blog saya ni (kalau korang iklas la)







AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Meningkatkan Signal Wifi


Sekali kita melakukan keburukan, segala kebaikkan kita akan dilupakan. Salam geng, kali ni aku nak share sikit cara untuk meningkatkan signal Wifi korang (bagi sesiapa yang ada). Simple, mudah dan tak memerlukan cost. Hanya menggunakan barang terbuang ja kot. Dengar macam pelik kan, tapi kalau korang nak tau macam mana, korang usha la post aku kali ni. Aku sediakan step yang bergambar lagi tu. Korang layan la. Cintailah bumi kita.

STEP-STEP YANG KORANG KENA BUAT....

NOTE: Dalam ni menggunakan tin beer, tapi korang jangan dok pegi beli tin tu pulak geng. ni sebab aku amik gambar ni kat mana tah. Ingat, arak haram bagi umat Islam.








Ok geng, tu la serba sedikit perkongsian aku ngan korang. Tapi kalau dah tak laju jugak, korang tukar la ke Unifi. Baru gempak. Sekian terima kasih.









AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS