BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Come Back Again!!!!!



Hai, selamat pagi, petang, malam, siang, tengah hari dan sebagainya. Terasa macam dah lama saya tak update blog saya ni. Jari-jari ni pun dah terketar-ketar dah nak menaip. Bukannya malas untuk berblogging dah, tapi biasa la kan minggu exam. Hari-hari dok menghadap buku ja, lepas tu pening kepala dan seterusnya mestila pergi makan. Nak update blog pun dah malas waktu minggu exam ni. Tapi yang paling penting berat pun dah makin bertambah. Mana taknya, tension ja pergi makan, pening ja pergi makan, tak faham pun pergi makan, semuanya pergi makan.Tapi tak apa, yang penting hidup mesti happy selalu.

Insyaallah, lepas ni blog ini akan berusaha untuk diupdate hari-hari (harap-harap ada orang baca la blog saya ni) dengan informasi dan tutorial yang berguna dan penting serta article yang mengancam dan terliur jika anda membacanya. Saya akan cuba untuk mengupdate dengan article yang akan membuatkan korang bermimpi ngeri di malam hari sehingga hilang selera makan korang.

Mesti dulu korang pun pernah jadi student kan, takkan pun sekarang ni masih lagi belajar. Tak kira la luar negara ka dalam negara. Tapi apa yang ingin saya perkatakan ini adalah berdasarkan dari pengalaman saya sendiri la setelah beberapa tahun terlibat dalam kancah pelajaran. Kelakuan-kelakuan yang dapat saya perhatikan waktu study week terutamanya bagi pelajar Universiti la kan. Jadi korang layan la gambar-gambar yang mengambarkan situasi study week bagi seorang student yang malas macam saya ni.


KUSUT+SERABUT+MACAM ORANG GILA+DAH TAK BETUL+HILANG SELERA MAKAN+MACAM_MACAM LAGI


Ini adalah situasi yang sentiasa akan saya hadapi bila dah masuk study week. Tengah dok sedap-sedap study tiba-tiba dengar orang jerit, dah macam kena histeria dah. Kejap-kejap kat sebelah lain pulak orang menjerit sampai saya sendiri pening kepala. Ada yang sampai rambut dah penuh atas meja sebab asyik ditarik rambut tu.

TIDOR+BERDENGKU+AIR LIUR BASI+MENGGIGAU+MERACAU


Ini pun selalugak terjadi. Tengah asyik mentelaah buku di tengah pagi tetiba member bangun dari tidor pastu terus cakap "wey kopi aku mana ni, dah sejam aku tunggu ni. Panggil mamak tu cepat sikit", pastu dia sambung balik tidur dia dan diikuti dengan irama dengkur ala-ala bunyi siti nurhaliza bernyayi lagu zapin. Pergh, memang terbaik la.Hahahahahahah

MENGELAMUN+SUNYI+HILANG ARAH+DAH TAK TAHU NAK BUAT MENDA+TETIBA NANGIS


Dalam kes macam ni pulak saya sendiri pun tak faham. Lima jam dah dok termenung sambil melihat awan yang membiru la, memerhati cengkerik berlompatan lah, melihat angin meniup dedaun yang menghijau la. Macam-macam perangai ada. Aduhai...

Jadi itu sajalah lah kot untuk kali ini, dan insyaallah blo ini akan cuba saya updatekan dengan informasi yang baik-baik dari ladang tenusu bijih timah. OK.
Sekian terima kasih.

AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

0 comments:

Post a Comment