BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

MASTIKUS (Bomoh)


Hai. Salam perkenalan bagi sesiapa yang baru menjenguk blog saya ni. Dua tiga hari ni, internet tidak dapat disambung ke laptop saya ini, jadi harap maaf kepada sesiapa yang tertunggu –tunggu entri baru saya (harap-harap ada la). Kali ini saya ingin membuka slot baru di blog saya iaitu MASTIKUS. Slot ini akan membincangkan tentang isu-isu paranormal yang mungkin masuk akal dan mungkin juga tidak. Semua adalah berdasarkan fakta yang akan diolah oleh saya sendiri. Jadi bagi isu yang pertama ini saya akan membincangkan tentang tajuk yang agak suam-suam kuku lagi iaitu berkenaan..



JAMPI SERAPAH+KUNYAH SEREH+SEMBUR AIR KE MUKA+BELA IKAN PUYU DALAM RUMAH+PERAH LIMAU+KEMENYAN+PERASAP KERIS+TANGKAL+AMALAN YANG TAK MASUK AKAL

SAMADENGAN



HANTU LARI SAMBIL MENAGIS MACAM BABY+KETAR LUTUT+MERAUNG-MERAUNG SEBAB TAKUT SAMBIL MENGHISAP LOLIPOP+HANTU LARI TERTONGGENG-TONGGENG SEBAB RASA PANAS+MERONTA-MERONTA DAN TERBERAK DALAM SELUAR SEBAB TAKUT SANGAT


Saya rasa mesti korang dah boleh tangkap sikit tentang apa yang akan cuba saya bincangkan sekejap lagi ni kan. Ia tidak mengenai ikan emas ataupun cicak tokek yang digilai ramai sekarng ini, tetapi saya akan cuba menghuraikan mengenai kepercayan sesetengah kelompok dalam masyarakat kita yang saya anggap ia sebagai kepercayaan yang tidak memberi faedah langsung dalam hidup mereka. Saya akan membincangkan tentang amalan-amalan karut yang boleh dianggap dapat menghalau hantu dan bomoh YANG TAK BERTAULIAH!!!!!!


Jadi, sebelum itu, apa yang kita tahu mengenai hantu? Darimana asal hantu? Adakah dari Kedah jelapang padi? Apakah makanan kegemaran hantu? Dan bermacam-macam lagi persoalan mengenai hantu. Berdasarkan dari ilmu saya yang sangat cetek ini, saya mentafsirkan yang hantu ini berasal dari jelmaan syaitan yang berusaha untuk menyesatkan manusia. Ini adalah kerana syaitan pernah berjanji dengan Allah bahawa mereka akan menyesatkan manusia hingga ke hari kiamat. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun selagi ia dapat memesongkan akhidah manusia agar berada di jalan yang salah. Jadi secara kesimpulannya, saya menafsirkan bahawa hantu ini adalah jelmaan syaitan ataupun jin yang ingin menggangu manusia.

Jadi ada bermacam-macam persoalan yang timbul dalam kotak akal saya ini. Kenapa kita masih mengaitkan kubur dengan hantu?????? Persoalannya disini, adakah hantu ini berasal dari roh-roh manusia yang telah meninggalkan jasad mereka. Mengapa perempuan yang mati dibunuh ketika mengandung akan bertukar menjadi pontiana??? Adakah mereka menjelma menjadi hantu kerana untuk menuntut bela atas kematian mereka?? Sedangkan semua makhluk Allah akan diadili oleh Allah yang maha besar ketika di padang mahsyar.

Bagi saya la kan, adakah dengan menggunakan perahan limau nipis la, jampi serapah yang tah apa-apa la, sembur sini sembur sana, ludah sini ludah sana, bersilat la, bela ikan puyu la dapat menghalau hantu???? Adakah hantu ini dicipta dari benda yang lembut sehingga takut untuk memasuki rumah orang yang membela ikan puyu?? MEREKA TAKUT BADAN MEREKA LUKA TERKENA DURI IKN PUYU!!!!!!  Kemone la!!!!!!!


MENGAPA KITA MASIH MENGHARAPKAN JAMPI SERAPAH UNTUK MENGHALAU HANTU (SYAITAN) SEDANGKAN KITA DIBERIKAN NIKMAT AYAT SUCI AL-QURAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI SYAITAN? MENGAPA KITA MASIH MENGHARAPKAN TANGKAL BAGI MENGELAKKAN DIRI KITA DARI DIGANGGU OLEH HANTU (SYAITAN) SEDANGKAN AIR SEMBAHYANG LAGI SUCI SERTA MENYUCIKAN? MENGAPA KITA MASIH MENGHARAPKAN RITUAL YANG TAH APA-APA UNTUK MENGHALAU HANTU (SYAITAN) SEDANGKAN KITA TELAH DIAJAR OLEH NABI MUHAMMAD UNTUK MENUNAIKAN SOLAT? MENGAPA KITA MASIH MENGHARAPKAN KEPADA IKAN PUYU SEDANGKAN ALLAH AKAN MELINDUNGI HAMBANYA YANG MENGINGATINYA? 

Bukan saya tak percaya dengan benda-benda maccam ni sebab benda-benda ghaib memang wujud mengikut Al-Quran. Memang ada sesetengah penyakit tu kita kena ubatinya menggunakan cara-cara yang tertentu. Apa yang membuatkan saya rasa menyampah adalah bila bomoh tu menggunakan jampi yang tah apa-apa dan gerak gemalai yang pelik. Untuk apa benda tu??? Jadi kepada bomoh-bomoh di luar sana jangan marah ya kerana ini hanyalah sekadar perkongsian pendapat saya sahaja. Jadi jika ada salah dan silap dalam saya menyampaikan ini harap dimaafkan la ya.

Sekian terima kasih!!!!
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

0 comments:

Post a Comment