BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Cerita Nak Best!!!!!


Korang mesti pernah dengar cerita yang gempak-gempak kan, tak kisah la dari tv ataupun dari mulut orang, terutamanya orang kampung (selalunya la). Kali ni saya nak bercerita sikit suatu situasi yang biasa la berlaku dalam masyarakat kita ni. Kejadian selalu terjadi di kedai-kedai kopi dan juga ketika sedang membeli ikan. Tak kisah la sama ada mereka nak beli ikan kembung ataupun ikan keli. Apa kejadian itu? Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang teruslah membaca ya…

THIS THE STORY OF MAKCIK PEAH AND HIS FRIENDSSSS…

Alkisah pada suatu hari yang tenang, sang ayam dengan garangnya berkokok tanpa menghiraukan si tuanya yang ingin menyembelih beliau. Dari jauh kelihatan Penin atau nama kiutnya Ronaldo sedang menunggang motosikal kapcainya meredah hutan hujan yang tak seberapa nak tropika. Sedang dia menunggang motosikal beliau itu, dia dengan selambernye berkhayal dan berangan-angan berkahwin dengan puteri raja. Tiba-tiba, kelepuk (bunyi Penin terjatuh). Penin telah terjatuh daripada motosikalnya kerana terlangkar setongkol kayu yang tah macam mana boleh berada di atas jalan tersebut. Tangan Penin sedikit terluka kerana terseret di atas jalan raya. Nak dijadikan kisahnya, ketika Penin terjatuh dari motosikal beliau itu, Makcik Peah ada di kawasan kejadian tersebut. Makcik Peah hanya melihat dari jauh tanpa menghulurkan bantuan langsung kepada Penin. Baik sungguh budi pekerti Makcik Peah ye. Jadi Makcik Peah pun meneruskan perjalanan ke pasar untuk membeli ikan sambil berniat untuk bergosip-gosip sedikit di sana nanti. Setelah hampir beberapa ketika menganyuh basikalnya, akhirnya Makcik Peah pun tiba di destinasinya dengan selamat.

Berjumpalah Makcik Peah dengan Senah disertakan dengan perbualan mereka.

“weh senah, hang nak tau dak, tadi waktu aku on the way nak mai sini aku nampak la si Penin tu jatuh moto. Habis lingkup (rosak) moto dia. Tangan dia luka, aku rasan dah patah dah. Tak tau la kaki dia jadi lagu mana. Retak kot............”

Setelah habis bergosip Makcik Senah pun meminta diri untuk pulang. Dalam perjalanan dia pulang tu, dia pun berjumpalah dengan Pak Daud (bukan nama sebenar) di kedai kopi. Maka bermulalah pula gosip si Makcik Senah.

“Daud, tadi waktu aku pi beli ikan kat pasar tadi Senah bagitau aku yang si Penin kemalangan. Habis patah tangan dia. Kaki dia remuk dengar ceritanya. Aku taktau la dia jatuh sebab apa, kena langar ngan lori kot. Tak tau la aku.......pogpangpongpang.....”

Setelah habis dijaja cerita kat Pak Daud, giliran Pak Daud pulak nak pergi menjual cerita yang agak-agak panas tadi. Pergilah Pak Daud berjumpa ngan Mail Lambung si pengenbala kambing.

“Weh Mail, hang mai sini sat. Tadi Penin kena belah ngan lori. Habis remuk kaki dia dengaq cerita. Tangan putus ka apa. Aku tak tau la lori sapa yang langgar dia tu. Tapi kalau kat kampung kita ni tak lain tak bukan la, mesti lori si Mail Tempang tu. Teruk betul la dia tu.........”

Maka tersebarlah cerita yang berbaur fitnah ke seluruh kampung. The End of the story.



Jadi apa yang cuba aku nak sampaikan kat hangpa (korang semua) adalah jangan lah mulut se elok-eloknya. Sebelum menebarkan sesuatu cerita tu, kita patutla siasat dulu, betul ka tak cerita tu. Jangan la kita bersubahat menyebarkan sesuatu cerita yang hanay dapat menjatuhkan maruah orang lain yang tak bersalah.

Pernah dak hangpa dengar yang lidah ini lagi tajam daripada pisau atau mata pedang. Ada asasnya ungkapan tersebut,sebab kerana mulut kita yang tak dijaga ini, satu keluarga boleh berkelahi, rumah tangga boleh runtuh, satu kampung boleh bermasam muka, satu dunia boleh hilang seri dan sebagainya yang boleh menyebabkan kejatuhan sesuatu kaum. Jadi marilah kita cuci mulut kita ni dengan air sembahyang. Sekian terima kasih.








AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

0 comments:

Post a Comment