BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Baca Doa Tapi Tiru!!!!


Hai. Apa khabar, diharapkan korang sihat sajalah ya. Saya ni baru ja balik dari klinik. Tapi bukan saya la yang sakit, temankan kawan ja pegi klinik. Hohhoho. Oke, kali ni saya nak cerita sikitla pasal apa yang baru ja terjadi semalam. Ni kisah student kat u saya la ni. Jadi kalau korang nak tau cerita ni pasal apa korang layan la post saya ni ya. =)




ALKISAHNYA.....

 
Kisah dia macam ni, sebagai orang Islam ni kalau kita nak memulakan sesuatu perkerjaan tu haruslah dimulakan dengan doa kan, agar kita punya kerja tu berjalan dengan lancar dan tersusun. Apa fungsi doa eh? Bagi pendapat saya, doa ni sebagai medium untuk kita memohon sesuatu kepada Allah. Tak kisahlah nak minta apa-apa pun. Tapi kita mengharapkan agar doa kita dimakbulkan oleh Allah. Tapi doa itu haruslah disertakan dengan usaha kan.(dan macam ustaz pulak aku ni)

Macam ni la ceritanya, saya bukan nak menjatuhkan sesape atau nak memalukan sesape. Tapi cuma ingin berkongsi agar ia menjadi teladan la kepada saya dan korang.Ada la sorang akak ni duduk sebelah saya masa nak jawab periksa. Pergh cun tu, kalau buat jadi isteri ni memang sejuk la mata memandang orang kata. Balik kerja letih-letih pun rase seronok ja mata ni memandang. Hohohohhohoho. (carilah isteri yang beriman). Dalam beberapa minit lepas tu penjaga dewan tu pun bagitaula kami yang dah boleh mula menjawab kertas ujian tersebut. Saya ketika tu tak mula jawab lagi sebab tengah dok usha awek tadi, nampak la dia menadah tangan memohon doa kepada Allah. Ish3, dah la cantik beriman la pulak tu. Calon yang baik ni. Hohohohohoh.





Tapi, apa yang mengejutkan saya ialah belum pun sampai dua minit ujian tu bermula, awek sebelah saya yang disangkakan baik di awalnya akhirnya telah menjalankan aktiviti yang tidak bermoral, iaitu meniru. Hmmmmm. Cancel jadi bini macamni. Hohoho0hohohoh. Sungguh tangkas la pergerakkan dia meniru tu, siap bawak kertas nota lagi tu. Ish ish ish. Bukan dia sorang sahaja, dengan kawan-kawan sebelah dia pun dua kali lapas belas ja perangai. Jadi waktu tu lah saya mula terfikir, apa la guna dia baca doa sewaktu awal-awal peperiksaan tadi. Niat awal dah baik tapi dilaksanakan dengan aktiviti yang tidak elok iaitu meniru. Bukan apa, bagi saya meniru ni memang la takde perasaan langsung. Kalau dapat gempak result pun rase macam tak puas hati ja. Tapi itu la, lain-lain orang lain kerenah nye.




Jadi tu la stoli moli saya kali ini, jika ada pihak yang terasa harap maaf kerana cerita ini tiadak ada kena mengena dengan kawan-kawan saya mahupun saudara terdekat saya. Cerita ini hanyalah untuk iktibar kepada saya untuk terus maju dalam kehidupan. Sekian terima kasih,.



AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

0 comments:

Post a Comment