BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Showing posts with label student tapi stupid. Show all posts
Showing posts with label student tapi stupid. Show all posts

Perempuan Cantik Kena Pukul


Aku tak tau la nak jadi apa dengan zaman sekarang ni. Perempuan yang cantik ni kena pukul ngan balak dia. Aku tak pasti sebab dan munasabab dia. Nanti aku call balak perempuan tu nak tanya sebab apa dia berani pukul perempuan yang cantik tu. Apa punya jantan la. Kalau korang nak tau sendiri apa yang jadi korang layan la video yang aku post ni.





Kan..kan..kan..jahat kan balak dia. Kalau korang takpuas hati dengan balak dia tu..Korang komen kat blog aku ni..nanti aku p belasah sapa yang rakam video ni..Peaceeeeee
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Student tapi Stupid [ SAMPAH]


Salam semua. OK kali ni saya nak meluahkan sedikit perasan geram saya kepada orang yang tak reti langsung untuk menjaga alam sekitar. Saya bukanlah dari pada mana-mana persatuan GREEN PEACE. Tapi saya adalah seorang insan yang sangat benci orang yang suka buang sampah sesuka hati kucing diaorang. Kalau korang rasa terpanggil nak baca article saya kali ni, korang layan la ye. =)

Memang kalau nak di bangkitkan mengenai isu pasal sampah ni, sampai bila-bila pun takkan habis. Rakyat malaysia ni (bukan semua ok =))susah untuk menghargai alam yang telah diciptakan oleh Tuhan. Mungkin kita akan menghargai alam kita yang indah ini apabila datangnya suatu bencana pada kita. Contohnya macam banjir kilat. Patutkah kita salahkan alam atau patutkah kita salahkan tuhan???? Sedangkan banjir yang terjadi adalah diakibatkan oleh longkang yang tersumbat dengan pampers la, plastik kropok la, tisu la dan maam-macam la lagi!!!!!!


Saya terpanggil untuk menulis pasal masalah ini bukannya apa. Saya tinggal di tingkat bawah di U saya. Jadi nak dijadikan cerita, ada la suatu hari tu pakcik cleaner marah saya dan roommate saya sebab kat sebelah bahagian tingkap bilik saya banyak gila sampah. Dah la kami tak pernah buang sampah dekat situ, pastu kena tanggung pulak kesalahan tu disebabkan orang lain yang tak bertanggungjawab. ISh2, patut ka kalau macam tu????

OK2, saya tak lah kisah sangat pasal kena marah tu kan. Tak kisah la apa-apa pun. Tapi bagi mereka yang buang sampah tu, takkan korang tak rasa kesian dekat akak-akak atau makcik-makcik atau pakcik-pakcik cleaner yang bertungkus lumus untuk menjaga kebersihan agar kita berada dalam keadaan selesa. Memang la tu tugas mereka, tapi kalau la kita ni ada perasaan tanggungjawab, kita takkan buat macam tu.
Ok, cuba kita bayangkan la kalau orang yang berpeluh-peluh dan bersusah untuk membersihkan sampah yang kita buat tu adalah ahli keluarga sendiri. Apa perasaan kita jika orang yang sedang membongkok untuk mengutip sampah itu adalah mak atau ayah kita sendiri. APA PERASAAN KITA?????


Oke, saya harap post saya kali ini bermakna la untuk korang. Di sini saya ada sediakan sebuah video yang dihasilkan oleh MATLUTFI. Memang cool la video dia. Sangat best dan menarik dan ada mesej yang tersembunyi. =)

Sekian Terima Kasih....






AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Student tapi Stupid [ RESUME]!!!!!


Hoi hoi. Hari ni saya nak kongsi satu letter yang saya baca sambil tergolek-golek gelak. Memang pecah perut la kalau baca surat ni. Surat ni memang betul diterima oleh syarikat penerbangan MAS dari seorang bijak dan pandai gile. Hahahahahah. Kalau korang nak tahu kandungan surat ni, koranglayan la post saya ni. =)


THIS IS REAL





Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)

!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika Saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Jadi apa pendapat korang pasal resume ni, rasa macam nak tiru je kan. Kalau hantar resume macam ni confirm-confirm dapat kerja punyalah. Kalau saya jadi syarikat penerbangan tu, memang saya cari budak ni lepas tu ikat kat taya kapal terbang. Takpun ikat kat sayap ja. Hahahahhaahhaah. Kalau kedai mamak pun 15 ratus kali pikir nak ambil budak ni kerja. Hohohooohoho. Oke itu saja kali ini. Sekian terima kasih.

credit to: aku-sempoi.com/2009/04/resume-terbaik-dalam-sejarah-mas.html


AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Student tapi Stupid [ PO***N]!!!!!


Hai. Kita ni diciptakan oleh Allah lengkap segala-galanya. Cukup dan rasanya tak perlu lagi di ubah kerana apa yang telah diberikan oleh nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tapi masih ada yang tak bersyukur. Ni saya tak tau la benda ni dah lama ka apa. Tapi bila saya tengok video ni, rasa sedih pun ada. Macam-macam perasaan bermain di hati dan sanubari ni. Ish3. Kalau korang nak tahu video apa ni, korang layan la. =)






ADAKAH INI BENAR ATAU TIDAK????




Jadi apa pendapat korang lepas tengok video. Hmmmmm. Saya malas nak tulis banyak-banyak ni. Nanti terkutuk lebih, berdosa pulak saya ni. Jadi korang fikir-fikirkanlah ya. Sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS