BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Showing posts with label berita bohong. Show all posts
Showing posts with label berita bohong. Show all posts

Gempar!!! Pohon Pisang Mengeluarkan Buah Nenas


KEMAMANGS – Suatu berita yang amat mengejutkan telah tersebar dengan cepat sekali di kawasan sekitar Kemamangs dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Berita itu tidak asing lagi dijaja dari mulut kemulut penduduk Kemamangs. Kejadian ini amat asing sekali bagi kita sebagai Rakyat Malaysia kerana kejadian ini boleh dikatakan belum lagi pernah terjadi di dalam Negara Malaysia yang dicintai ini. Apakah kejadian tersebut? Ia adalah….

POKOK PISANG MENGELUARKAN BUAH NENAS


Sangat pelik dan sangat menghairankan bagi sesiapa yang mendengarnya apatah lagi melihat dengan mata kepala mereka sendiri. Pasti mulut akan terlopong dan terpaku apabila melihat pokok pisang yang aneh tersebut. Selalu kita perhatikan buah pisang yang kekuningan dan bersikat-sikat dalam satu tandan, tapi di Kemamangs ini anda akan melihat buah nenas terpaku di batang pisang. Mata bagai tidak mahu menerima tetapi itulah kebenaran yang memang betul-betul berlaku di daerah yang terkenal dengan pengeluaran siput sedut itu.


Kami dari majalah Bohong Membohong tidak melepaskan peluang ini untuk merakamkan kejadian aneh ini. Kami telah menghantar seorang pemberita kami yang tidak asing lagi dari dunia hiburan iaitu Mat Kempis. Beliau adalah seorang pemberita kami yang baru sahaja menamatkan latihan beliau dari kem bunga matahari iaitu sebuah kem yang melatih pelatih-pelatih mereka cara untuk berkomunikasi dengan anai-anai. Nampak seperti gila tapi itulah kebenarannya.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu purnama telah ditempuhi oleh Mat Kempis denganpenuh kesabaran. Dengan berbekalkan sebungkus pisang goreng yang digoreng oleh beliau sendiri Mat Kempis telah memulakan perjalanan beliau dari Batu Pahat menggunakan Vespa 1000 yang dipinjam daripada atuknya menyebabkan atuknya terpaksa pergi menorah sambil berjoging dengan diiringi dengan makian terhadap cucunya yang sengal-sengal kentang kerana merembat vespanya itu. Hampir sepurnama merempuhi onak dan duri akhirnya tibalah Mat Kempis di Kemamangs. Dengan perasaan yang gembira bak ibu mengandung, beliau memulakan tugas beliau dengan menemuramah penduduk Kemamang untuk merungkai misteri Pohon pisang yang berbuah nenas itu.


Untuk sampai ke Pokok pisang pelik tersebut, pemberita kami perlu mendaki sebuat bukit yang suam-suam kuku tingginya. Dengan dibantu oleh Hassan Senget yang lebih manja jika dipanggil Comel, pemberita kami memulakan pendakian tersebut. Comel merupakan seorang manusia biasa yang diberi tugasan untuk menjaga kawasan bukit tersebut iaitu bukit Cempaka. Pokok pisang aneh tersebut juga pertama kali ditemui oleh Comel. Comel secara tidak sengaja menjumpai Pokok tersebut ketika beliau sedang bermain kejar-kejar dengan kura-kura. Tetapi yang menghairankan pemberita kami, Comel sering kalah dalam permainan tersebut.

Setelah hamper sejam mendaki Bukit Cempaka akhirnya tibalah Mat Kempis di kawasan dimana pohon aneh tersebut tumbuh dengan segarnya. Setelah hampir 59 minit mengelilingi pohon tersebut pemberita kami masih belum menjumpai buah nenas yang seperti digambarkan tersebut. Lalu pemberita kami terus mengajukan pertanyaan kepada Comel. “la, awat (mengapa) abang ni tak bagitau comel awal-awal yang abang nak tengok buah nenas tu, sebab tadi Comel dah ambik dah buah nenas tu sebab mak Comel nak masak. Kejap ye abang” kata Comel kepada pemberita kami. Sambil itu comel mengeluarkan penukul bersama-sama sebijik nenas. Lalu comel memaku nenas tersenbut di batang pisang yang menjadi harapan Mat Kempis agar namanya menjadi sepopular Obama.

“Abang, ni la pokok tu, pelik kan” kata Comel tanpa rasa segan dan silu. Dan pada saat dan ketika itu barulah pemberita kami sedar mengapa penduduk daerah Kempas tadi memandang serong dan senyum-senyum sinis terhadapnya. Rupanya dia telah terjebak dengan Comel yang sudah hampir 37 tahun menginap di hospital gila. Sejam kemudian pemberita kami pulang bersama-sama Comel. Tetapi kini buah nenas itu tidak lagi berada di pohon pisang, tetapi ia kini berada di dahi Comel. Comel menangis teresak-esak sambil berlari-lari anak pulang ke rumahnya.

Akhirnya pulanglah pemberita kami dengan perasan yang bercampur baur, kerana impiannya untuk menjadi sehebat Obama telah gagal. Pulangnya juga turut diiringi oleh makian dari datuknya yang masih belum berpuas hati dengan Mat Kempis. Misteri tersebut kekal menjadi misteri. Sekian terima kasih.





AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Sebuah Planet Yang Menyerupai Bumi Telah Dijumpai!!


Hohoh korang. Mesti korang rasa tak sabar kan nak baca berita yang mengejutkan kali ni. Kali ni kami dari akhbar Bohong Membohong telah menghantar pemberita kami yang mantap giler untuk melaporkan berita yang agak terkejutz ni. Hahahah. Ok2, kalau korang nak layan article saya kali ni, korang teruskan la ya. =)


BERITA TERKEJUTZ

SHAH ALAM- Dari pusat angkasa lepas Malaysia, wartawan kami telah melaporkan sebuah berita yang boleh menyebabkan orang lumpuh berjalan kembali. Berita ini akan membuatkan semua saintis di dunia berlumba-lumba untuk mengkaji penemuan terbesar dalam sejarah manusia, sebuah penemuan yang telah membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Ini adalah kerana rakyat Malaysia kita sendiri yang berjaya membuat penemuan yang paling besar dalam sejarah manusia ini.


Apa penemuan tersebut? Ya ia adalah sebuah planet yang sangat menyerupai bumi. Di planet tersebut yang diberi nama Planet Wilca mempunyai segala benda yang ada di bumi seperti pokok-pokok, air terjun, laut, hutan, burung-burung dan sebagainya. Tetapi yang menjadi tanda soalnya ialah, kenapa tiada kehidupan di atas planet tersebut. Kehidupan seperti manusia. Hasil daripada kajian saintis Malaysia tersebut iaitu Prof. Satun, beliau mendapati di ruangan angkasa planet tersebut juga mempunyai oksigen. Tetapi kata beliau, kandungan oksigen di atmosfera planet tersebut sangat tinggi dan boleh menyebabkan ia menjadi racun kepada manusia."Sebelum kami membuat keputusan untuk menghantar angkasawan kesana, kami perlu membuat kajian menyeluruh dahulu untuk memastikan kelengkapan yang ada pada kita lengkap. Setakat ini kita hanya mempunyai sebuah kuali dan sebatang senduk, masih banyak lagi peralatan yang kita perlukan", kata Prof Satun sambil menggurut perutnya kerana di terajang oleh wartawan kami.


Menurut Prof Satun, mereka memerlukan beberapa orang calon angkasawan yang mahir. Mereka tidak perlu mahir bersilat atau bertumbuk, tetapi mereka hanya perlu mahir tidur kerana perjalanan untuk sampai ke planet tersebut amatlah jauh. Jadi kepada kaki-kaki tidur di luar sana rebutlah peluang ini untuk bersiar-siar di angkasa lepas. Selain itu, Prof satun juga memberitahu pemberita kami yang beliau juga memerlukan angkasawan yang kuat merokok. Setelah di tanya mengapa begitu, ini jawapan beliau.

"Kami memerlukan angkasawan yang kuat merokok kerana mereka ini tidak mengetahui bahanya udara yang mempunyai racun. Sebagai contohnya, mereka tahu yang merokok ini dapat menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit yang merbahaya dan boleh membunuh,tetapi mereka tetap juga merokok walaupun sudah banyak kampen yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia. Kami memerlukan mereka kerana daripada mereka ini mati akibat merokok, lebih baik mereka ini mati kerana ingin menyumbang sesuatu yang amat besar dalam sejarah manusia"kata Prof Satun sambil menghembuskan asap rokoknya keudara. Siap buat bentuk love lagi.


Setelah sudah menemuramah Prof Satun, pemberita kami telah ditahan oleh polis kerana beliau telah memukul Prof Satun sehingga pengsan.Sebelum dibawa ke penjara, pemberita kami telah membakar laporan beliau mengenai Planet tersebut. Manakal Prof Satun pula telah menjadi gila kerana teruk dibelasah oleh pemberita kami. Akibat daripada peristiwa tersebut segala kajian megenai planet tersebut telah terhenti. Dan semua rahsia mengenai planet tersebut telah terkubur dan tua dimamah zaman. Akhirnya kehidupan manusia berjalan seperti biasa.

KEPADA PEROKOK-PEROKOK DI LUAR SANA, INGATLAH ORANG TERSAYANG. ANDA MAPU MENGUBAHNYA. CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA DAN TIDAK ADA KENA MENGENA SAMA ADA YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA.

sekian terima kasih.=)






AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Gempar Hujan Emas Di Kangar!!!


      Hola. Hari yang sungguh seronok dimulakan dengan senyuman yang iklas. Hohohohohho. Itulah nasihat daripada saya hari ini. Oke berbalik kepada cerita utama hari ini. Berita yang sangat gempar ini telah dilaporkan oleh petugas kami. Berita ini sangatlah gempar dan masih baru lagi kejadian ini. Apakah petanda daripada kejadian ini? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang layanlah berita ini. =)


KANGAR-Satu kejadian yang sangat aneh dan pelik telah menimpa rakyat ni negeri Perlis. Satu kejadian yang tidak boleh diterima oleh akal dan fikiran kita sebagai manusia yang waras dan masih boleh mengira dengan betul.Kejadian sangatlah memberi impak yang sangat besar kepada Rakyat negeri tersebut. Sehingga semalam, kejadian aneh tersebut masih belum lagi dapat dirungkai oleh saintis-saintis yang terkenal. Mereka masih pening kepala memikirkan bagaimana kejadian ini boleh terjadi. Kejadian apakah itu? Ya ia adalah emas yang turun dari awan atau nama timangannya hujan emasssss!!!!!!!!!!!!


           Kami dari warta Bohong Membohong telah menghantar wartawan kami yang paling terulung untuk melaporkan kejadian tersebut. Dari dulu kita sering mendengar orang-orang lama mengatakan bahawa "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri". Tetapi kini, hujan emas tersebut telah betul-betul berlaku dan lebih mengejutkan ia berlaku di negara kita sendiri iaitu negara Malaysia.1 Malaysia,1 Malaysia, 1 Malaysia.

Pak Ali seorang tua tegar menceritakan detik-detik cemas yang dihadapi oleh beliau ketika kejadian itu berlaku.

           "Pada ketika itu pakcik sedang berjalan-jalan sambil menikmati coki-coki yang pakcik baru saja beli dari kedai Pak Usop. Tengah dok best dok melayan coki-coki tu habaq kat hang (bak kata loqhat Pak Ali) tiba-tiba pelapak , satu benda keras jatuh atas kepala pakcik. Pakcik dok ingatkan ada budak-budak mana dok kacau pakcik sebab pakcik selalu kena kacau dengan budak-budak nakal kampung ni. Depa selalu dok pau pakcik punya coki-coki (cerita pak Ali sambil mengalirkan air mata walaupun pemberita masih tidak mengetahui apa kena mengena coki-coki Pak Ali dengan berita ini). Sambung pak Ali, sedang saya dok mencari-cari menatang apa yang jatuh atas kepala pakcik tadi, tiba-tiba pakcik nampak benda berkilauan jatuh dari awan, seperti emas saja. Pada saat dan ketika itu, barulah pakcik tau. Benda yang jatuh atas kepala pakcik tadi merupakan ketulan emas. Pakcik dengas pantas terus pergi ke kedai Pak Ucop bersama-sama dengan ketulan emas tadi untuk membeli satu lori coki-coki. Kata pak ali sambil menangis kerana dilempang oleh pemberita kami."

Pak Munawir seorang pencabut biri-biri menceritakan detik cemas tersebut.


           

          "Saya ketika itu sedang bermain dengan biri-biri saya. Kami ni dah macam adik- beradik dah. Permainan yang paling beast yang saya main dengan biri-biri saya ialah main lakon-lakon jadi binatang. Tetapi yang peliknya setiap kali lawan dengan biri-biri saya tu, mesti saya yang sering menang. Jadi saya mula terfikir adakah saya atau biri-biri saya sebenarnya yang binatang. Hmmmmmmmm. Rungut Pak Munawir sambil menggaru-gari pusat beliau. Pemberita kami dengan sejujur-jujurnya dan sepandai-pandainya telah mengatakan kepada Pak Munawir. "Pak Munawir jangan pening-pening memikirkan benda yang mudah ini. Jawapannya ialah Pak Munawir dengan biri-biri Pak Munawir tu sama ja. Dua-dua binatang". Setelah selesai pemberita kami itu bercakap, tiba-tiba Pak Munawir dengan baik hatinya membelanja pemberita kami makan kasut adidas saiz lapan. Dengan selamba biri-birinya Pak munawir meninggalkan pemberita kami yang sedang terkebil-kebil dan mulut penuh dengan kasut Pak Munawir itu. 


           Akibat tidak berpuas hati dengan Pak Munawir, pemberita kami telah membawa konco-konconya iaitu ucop serta geng-gengnya untuk membakar rumah Pak Munawir. Mereka juga ingin menyembelih kambing biri-biri pak munawir itu sekali kerana beliau sering dilhat keluar berdating dengan makwe atau dalam bahasa lainya buah hati intang payung Ucop. Kata Ucop kepada Pak Munawir. "Awok dah lame memang tak puaih hati dengan kome, kambing kome tu, si Boy tu, dah meragut kesucian Makwe teman. Kalu dia ragut rumput takpe. Memang teman tak puaih hati betoi dengan kambing kome tu. Jadi kawan-kawan jom semua, kita bakor je, kita bakor je, kita bakor je rumah si Pak Munawir ni." Laungan Ucop itu telah disambut oleh geng-gengya. Setelah selesai mengerjakan Pak Munawir, semua orang telah bersurai dalam keadaan kekenyangan. Pemberita kami telah pulang ke ibu pejabat dengan mika selambe ayamnya dan tanpa rasa bersalah dia telah mempelawa kami untuk makan daging kambing bakar segar.

Akhirnya, berita mengenai Hujan Emas itu telah terkubur buat selama-lamnya. Sekian terima kasih. =)





AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

UFO MENDARAT DI YAN KEDAH!!!!

13 Mei 2010- Bertempat di perkampungan selengkoh, satu kejadian yang amat luar biasa sekali dari pandangan manusia yang normal telah dipertontonkan dengan jelas dan nyata sekali melalui kedua-dua belah mata normal yang telah dikurniakan tuhan. Sebuah kapal angkasa yang berbentuk seperti donat telah berlegar-legar beberapa kali di ruang udara daerah Yan menyebabkan datuk bandar daerah Yan En. Hasmidul (bakal mendapat datuk) tidak sempat untuk mengahabiskan kopi yang masih tinggal setengah lagi di dalam cawan beliau.

                                                                       (image kapal terbang milik boboi)

Kata beliau, beliau amat kesal sekali kerana tidak dapat mengahabiskan sisa-sisa kopi yang masih tertinggal didalam cawan beliau. Hal ini menyebabkan beliau telah mengadakan rundingan damai dengan dua ekor makhluk asing yang seiras-iras pelakon terkenal Indonesia iaitu Walidul Kabaham. Beliau telah menyatakan kekesalan beliau terhadap makhluk asing tersebut yang lebih manja dipanggil boboy itu kerana telah mendarat di tempat yang tidak sepatutnya iaitu di bahagian sebelah rusuk kanan pak Ali (beliau merupakan ajk khas kampung Pisang). Hasil daripada perbincangan yang hampir 15 jam, 2 hari dan 1 malam setengah tersebut telah menuju ke satu plan perjanjian damai antara boboy dan En. Hasmidul. Boboy telah berjanji akan menyerahkan kopi dari planet beliau untuk santapan En. Hasmidul sebagai ganti rugi kopi yang tidak sempat dihabiskan oleh beliau sebelum ini.

                                                                           (ini adalah boboi)

Tetapi boboy telah mengenakan syarat kepada En. Hasmidul agar beliau haruslah datang berhari raya di kampung halamn Boboy iaitu di planet Aero 91 di sebelah Bangsar Maju, Syeksyen 21 Perakz iaitu sebuah tempat yang hampir menyerupai nama negeri Perak yang terdapat di bumi. Hasil temuramah kami terhadap En. Hasmidul telah berjaya merungkai beberapa lagi masalah yang telah dihadapi oleh beberapa daerah yang terdapat di Yan  Kedah. Antara masalah tersebut ialah kekurangan wang subsidi, kenaikan harga gula dan kehilangan wayar-wayar telekom. Kami telah mendapat maklumat bahawa, masalah kenaikan harga gula dalah berpunca daripada saliran jamban En. Hasmidul yang telah tersumbat hampir sembilan bulan itu. Akibat daripada tumpahan najis En. hasmidul dan sekeluarga telah menyebabkan bakteria yang dipanggil Kerepton Stuiola iaitu sebuah bektiria yang akan menyebabkan kualiti tanah di kawasan tanman tebu menjadi rendah serendah IQ En. Hasmidul iaitu diparas kaki biawak komodo.

      (lokasi perbincangan En. Hasmidul dan Boboi)

Oleh kerana itu, En. Hasmidul telah menyerahkan jawatan beliau kepada Boboy. Tetapi Boboy telah menolak jawatan tersebut kerana beliau merasakan yang tahap pemikiran rakyat Malaysia masih rendah kerana suka membuang sampah di merata-rata tempat serta suka meludah sesuka hati ayam mereka. Boboy telah mengusulkan kepada ketua polis negara agar mengenakan hukuman yang memalukan kepada pemasalah yang memang bersalah dan buta huruf dan tak reti membaca kempen-kempen menjaga alam sekitar yang banyak ditampal di sekitar bandar-bandar serta di iklankan di surat khabar serta di kaca telivision. Itu sahaja berita untuk saat ini. Lintas langsung di perkarangan rumah boboi akan ditayangkan di TV HAHA MAT PET. Sekian terima kasih.
AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS