BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

Extract Part 1 Tanpa Part 2 Dan Seterusnya!!


Hoi-hoi geng. Post kali ni khas untuk kaki download ja ok. Pada kaki-kaki download di luar sana mesti korang pernah download movie yang dibahagikan kepada beberapa part kan. Kalau nak tengok movie tu korang kena download kesemua part tu, baru boleh tengok kan. Kalau movie tu tu tak best memang buang masa la korang download kan. Tapi sekarang tidak lagi. Korang boleh download satu part ja, pastu korang tengok quality movie tu best ka tak. Kalau best korang boleh download part yang seterusnya. Kat sini aku nak share kat korang step-step yang agak penting ni (kepada kaki tengok cerita korea) =).

LANGKAH-LANGKAHNYA.....

1- Korang download dulu part 1 untuk usha cerita tu best katak.

2- Bila dah siap, korang right klik kat file .rar tu dan klik “Extract files”

3- Kat menu yang keluar tu, korang thick kat “keep broken files”


4- Klik OK, dan biarkan dia Extract. Akan terkeluar error message nanti dan korang jangan dok terkejut anai-anai pulak.

5- Tekan sahaja butang cancel atau sebagainya.


6- Nanti akan ada folder yang keluar (terpulang tempat yang korang arahkan untuk file tersebut di extract). Ok, siap dah sedikit part movie tersebut.


7- Last skali, korang boleh pertimbangkan untuk terus download movie tersebut atau sebagainya.

Sekian itu sahaja geng, kalau takjadi korang komen la kat blog akau ni, boleh aku tolong tengok-tengokkan. Kalau aku dapat tolong aku tolong la ya. Sekian Terima Kasih.








AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

Cara Menyayangi Seseorang!!


Halo semua. Selamat menyambut puasa. Post kali ni aku rasa nak jiwang karat ala-ala k-pop sikit. Walaupun aku ni rockers, tapi ada jugak la taman dalam hati ni, tapi sikit aja la kan. Sebagai manusia yang normal kita mesti la ada orang yang kita sayangi kan. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menyayangi sesorang.

Jika korang rasa nak kekal lama korang punya perhubungan tu,korang sayangilah pasangan korang atau sesiapapun dengan hati dan jangan sayangi mereka dengan perasaan kita ini. Sebab dia adalah mudah, perasaan boleh berubah pada bila-bila masa saja, tapi hati akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alas an untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu- satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

Percaya akan dirinya. Sentiasabersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akanmelindunginya sepenuh jiwa dan raga.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Sekian sahajalah sedikit perkongsian saya kali ini. Jadi korang cuba la renung-renungkan sikit, betul ka apa yang korang saying sekarang ini. Adakah hanya sayangi mereka dari sudut nafsu atau sebalikknya. Jadi korang ada kaki korang jalan, korang ada tangan korang cuci, korang ada mulut korang senyum, korang ada mata pakai la reben kasi Nampak macho sikit dan korang ada hati korang selamilah sendiri. Assalamualaikum.






AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS