BIar seNyUman TErukir DiBibIrmu YAng MenaWan

sorokkan file di sebalik gambar


Belajarlah menerima teguran daripada kanak-kanak kecil, kerana apa yang mereka perkatakan adalah jujur dari hati mereka. Salam geng, post haritu aku ada kongsikan cara untuk lock folder korang guna notepad kan. Kalai ni aku ada satu lagi cara untuk sorokkan korang punya file dengan begitu berkesan. Confirm orang tak perasan punya. Aku pun agak teruja dengan cara ni sebab stailo beb. Kalau korang nak tau cara untuk sorokkan file di sebalik gambar, korang layan la.

Untuk korang aku sediakan tutorial bergambar punya. Layannnnnn....

STEP-STEP YANG KORANG PERLU LAKUKAN.....

1- klik start / control panel / appearance and personalization / folder option

2- akan keluar satu tetingkap, pastu klik view dan unchekkan hide extension for known file types. Dan apply.


3- sediakan file yang ingin korang sorokkan berserta dengan satu file gambar. (tak kisah file apa-apa pun, tapi kat sini aku gunakan video). Sebagai contoh kat sini aku gunakan gambar(1.jpg) dan video (2.flv). Korang boleh guna format apa-apa saja yang korang suka.


4- right klik kat video tu dan add to “2.rar”


5- lepas tu terhasillah sebegini.


6- bukak notepad korang dan copy dan pastekan kod dibawah.


@echo off
    ren 2.rar 2.flv.rar
    copy /b 1.jpg+2.flv.rar hasil.jpg
    del 2.flv
    del 1.jpg
    del 2.flv.rar
    del hide.bat


Penting!! Samakan nama file video dan gambar korang kat dalam notepad tu.Yang colour biru yang aku boldkan tu ialah nama file video korang manakala yang colour merah tu adalah nama file gambar korang. Bagi hasil.jpg pulak, korang hanya perlu ubah format yang dibelakangnya sahaja. Contohnya kalau gambar korang tu adalah sembunyi.gif, maka ia akan menjadi hasil.gif.

7- lepas tu korang save kan notepad tadi kat tempat dimana file-file korang tadi berada. Save dalam format hide.bat dan all file types. Macam gambar di bawah ni.


8-pastu korang runkan program yang terhasil iaitu hide.bat.


9-semua file korang akan hilang kecuali satu gambar yang bertitle hasil.jpg (ikut format gambar korang la)


10- setelll daaa....

11- kalau korang nak bukak file rahsia korang tu korang cuma perlu right klik kat gambar tu dan open with winrar.

Kompem member korang takkan jumpa punyalah file tu. Kalau klik macam biasa kat gambar tu, akan keluar gambar macam biasa. Jadi selamatlah file korang. Sekian itu saja. Kalau korang tak faham korang boleh la tanya aku kat bawah ni, t kalau boleh aku tolong aku tolong la. Amaran, jangan sorokkan benda tak elok tau geng.

Bantulah blog saya ni (kalau korang iklas la)







AKu HaNya MAnusIA BiaSA YAnG teRCAri-Cari keHiduPAn Yang DAmaI Di MUkA BUmI ciPTaan ALLAH yanG mAHa BEsaR
hoKIaiS

0 comments:

Post a Comment